Ilmu dalam dunia perubatan sentiasa berlaku perubahan, ianya berdasarkan kepada penemuan terbaharu. Begitulah yang berlaku kepada perubahan kepada rawatan asma. Kaedah yang terbaharu itu berdasarkan hasil kajian terkini yang telah pun di cerap oleh banyak penyelidik.

Tambahan fakta yang terkini lebih memudahkan doktor untuk membuat rawatan yang sewajarnya. Antara penemuan yang terkini adalah.
1️⃣ Penggunaan alat sedut biru (SABA) lebih daripada 2 kali seminggu anda berkemungkinan berisiko tinggi untuk mendapat serangan Asma.
2️⃣ Penggunaan lebih daripada 3 canister (SABA) setahun dianggap sebagai asmanya tidak terkawal dan mempunyai risiko tinggi untuk dapat serangan Asma teruk.
3️⃣ Penggunaan lebih daripada 12 canister (SABA) setahun dikaitkan peningkatan risiko mati akibat Asma.
4️⃣ Penggunaan alat sedut biru sahaja (SABA-only) adalah tidak lagi dicadangkan bagi merawat Asma.
5️⃣ pemberian alat sedut steroid boleh diberikan seawal mungkin dalam proses perawatan Asma.

Berbincanglah dengan doktor anda lebih lanjut mengenai rawatan terkini Asma anda. Jangan menggunakan apa-apa produk yang mendakwa kononnya boleh merawat Asma tetapi tidak pun diluluskan penggunaannya. Bahkan produk sedemikian tidak pun dapat membuktikan secara saintifik keberkesanan penggunaannya.

Suhazeli Abdullah
19.1.2022
Tengkawang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleTinggalkan Vaksin Jika Ragu-ragu?
Next articleAntivaksin selalu Putar Berita
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com