[av_textblock size=” av-medium-font-size=” av-small-font-size=” av-mini-font-size=” font_color=” color=” id=” custom_class=” template_class=” av_uid=’av-kocj50k0′ sc_version=’1.0′ admin_preview_bg=”]

1. Apakah persiapan yang perlu orang ramai yang telah mendaftar lakukan sebelum mengambil suntikan vaksin AstraZeneca?

1️⃣ Pastikan tarikh, masa dan tempat suntikan yang betul. Jangan tersalah tarikh masa dan tempat. Menyebabkan anda akan terlepas dari temujanji.
2️⃣ Pemeriksaan ringkas saringan akan dilakukan sebelum menjalani suntikan. Semasa sesi itu nanti borang kebenaran suntikan akan diberikan.
3️⃣ Berbincanglah dengan pegawai yang bertugas apa sahaja kemusykilan yang berbuku di hati anda.

2. Apakah cara terbaik untuk memastikan tubuh kita bersedia dan cukup tenaga untuk menerima suntikan vaksin, terutamanya bagi yang beragama Islam dalam bulan Ramadhan ini?

1️⃣ Senantiasa berfikiran positif dan jangan murung atau stress. Kerisauan takut jarum akan melambatkan lagi proses imunisasi.
2️⃣ Kesihatan fizikal dikekalkan dengan bersahur dan berbuka puasa mengikut waktu. Jangan dilewatkan. Makan makanan yang berzat. Tiada pantang larang dalam pemakanan.
3️⃣ Minum air secukupnya dan tidur pun secukupnya.
4️⃣ Jika mempunyai penyakit kronik dan dalam rawatan, teruskan mengambil ubatan seperti biasa. Tiada masalah. Vaksin tidak mengganggu penyerapan ubat atau berlaku reaksi silang antara kedua-duanya.
5️⃣ Hukum mengambil vaksin sewaktu berpuasa adalah tidak membatalkan puasa anda.
Ini adalah ikhtiar kita bagi memutuskan rantaian penyakit seterusnya melandaikan keluk jangkitan. Vaksin adalah selamat dan berkesan dan telah pun digunakan di serata dunia. Laporan kajian yang dilakukan didapati jumlah kemasukan kes ke ward semakin menurun, kes yang berada di wad jagaan rapi juga menurun dan kadar kematian menjunam secara mendadak. Akhr sekali sesetengah negara dalam dunia telah pun melonggarkan SOP kerana imuniti kelompok telah tercapai.
Suhazeli Abdullah
5.5.2021
Kuala Berang

[/av_textblock]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleKenapa Vaksin Cepat?
Next articleVaksin AstraZeneca Selamat dan Berkesan
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com