Perangai maknga ataupun bahasa orang putih namanya the Peltzman Effect menerangkan mengapa di kalangan yang sudah divaksin sekalipun juga turut dijangkiti COVID-19.

Apa itu ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ป๐—ด๐—ฎ (Peltzman Effect)?

Seorang ahli ekonomi bernama Sam Peltzman yang membuat teori ini dari sudut ekonomi pada tahun 1998 dahulu di mana terdapat pemain-pemain dalam industri ekonomi telah mula menceburkan diri dalam pelaburan yang berisiko tinggi, kerana mendapat jaminan dari pihak kerajaan bahawa mereka akan dilindungi kerajaan.

Konsep yang sama terhadap individu yang menaiki kenderaan dengan menganggap apabila sudah pakai tali keledar atau topi keledar, maka bolehlah memandu dengan cara-cara yang berbahaya.

Mereka menganggap dengan adanya jaminan perlindungan seperti topi atau tali kaledar, maka mereka 100% selamat dari tidak mengalami kemalangan ataupun maut.

Inilah maknga namanya ataupun alpha/leka.

Vaksin adalah salah satu daripada kaedah ikhtiar mencegah selain daripada penjagaan SOP dan seumpama dengannya. Ianya bukan bahan ajaib ataupun maksum ataupun mukjizat. 

Jangan berperangai seperti ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐˜๐˜‡๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—ณ๐˜๐—ฒ๐—ฐ๐˜ ini!

Kita kena ingat fakta-fakta berikut:

1. Imuniti selepas cucuk tidak terbentuk terus. Ianya akan mengambil masa yang tertentu untuk antibodi terbentuk. Macam orang baru kahwin, takkanlah kahwin hari ini esok terus dapat anak? Sabarlah.

2. Imuniti itu bukan segala-galanya mutlak  (absolute). Kaedah pencegahan lain perlu dilakukan selagi wabak masih berada dalam komuniti. Jangan wewenang lepas bebas mentang-mentang dah vaksin. Risiko tetap wujud.

3. Tidak semua vaksin mempunyai keberkesanan yang sama dan tidak semua individu mendapat peratusan yang sama. Bergantung kepada diri masing-masing. Namun takkan kita tak nak ambil terus? Manfaat vaksin lebih tinggi dari risiko. Kalau kita tak dapat semua janganlah tinggal semua.

4. Timbulnya varian baharu yang sudah pasti vaksin yang digunakan sekarang tidak sama keberkesanannya terhadap virus asal. Walaupun terdapat kajian-kajian yang meyakinkan ianya berkesan, tetapi sejauh mana? Dengan ilmu perubatan yang dinamik, kita doakan kejayaan keluar dari wabak.

5. Antibodi yang  diperolehi melalui jangkitan semulajadi atau vaksinasi akan menurun mengikut garis masa. Tidak mustahil kalau wabak ini berterusan kita akan dicucuk untuk dos yang ke 3 dan seterusnya. Tiada masalah pun. Isu ini bukan sesuatu yang besar, sebab sebelum daripada ini pun vaksin seperti Influenza, meningokokal, taifoid, boleh saja dicucuk berulang kali.

6. Bagi mereka yang masih belum divaksin atau  tolak vaksin, adalah kumpulan yang masih unggul mendominasi kes-kes teruk di hospital mahupun kematian. Bukti boleh dilihat seluruh dunia sekarang ini.

Yang penting bagi isu ini adalah kita jangan terlalu leka dan maknga selagi kita tidak keluar daripada pandemik ini dalam tempoh yang terdekat.

Suhazeli Abdullah

25.8.2021

Kuala Berang

Rujuk: https://pmj.bmj.com/content/early/2021/04/28/postgradmedj-2021-140234

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleDarah Bekam Selepas Vaksin
Next articleDuri Protein Vaksin COVID-19 Tiada Butang Off?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com