Terima kasih kepada semua followers yang mencecah 59K samada di profile atau fanpage.
.
Saya menulis ikut mood, masa rajin 2 artikel sehari. Masa malas seminggu sekali pun tak pos apa-apa. Akaun profile baju hijau tu adalah akaun peribadi [fb.com/Suhazeli.abdullah]. Saya selalu share tulisan samada tulisan serius atau suka-suka. Manakala fanpage pula tulisan agak berstruktur dan serius penulisannya [Fb.com/drsuhazeli]. Tulisan yang Melibatkan kerja-kerja kepakaran saya dalam perubatan dan sekali sekala melibatkan isu-isu semasa terutama penglibatan saya dalam kerja AMAL bersama NGO.


.
Mungkin hasil usaha penulisan, ceramah, penglibatan dalam beberapa jawatankuasa peringkat negeri dan kementerian, April 2019 saya dinobatkan sebagai Wira Vaksin Peringkat Kebangsaan. Ya benar saya agak passionate dalam mengulas isu vaksin. Hinggakan sahabat handai gelarkan saya Dr Vaksin. Rakan sejawat FMS juga menjadikan saya sebagai rujukan untuk mematahkan hujah para antivaksin yang mereka berdepan. Adik-adik dalam M3, MedTweetMY dan Papisma pun menggelarkan saya Tok Guru bab vaksin. Cuma antivaksin sahaja sakit hati apabila saya dinobatkan sebagai wira vaksin. Pelbagai gelaran buruk mereka lontarkan. Tak perlu sebut sini, saya sudah lali. Saya akan teruskan lagi usaha mendidik masyarakat dalam penulisan. Doakan saya.
.
Ogos 2019 saya diminta oleh sahabat-sahabat untuk jadi Ahli Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Alhamdulillah selepas pengundian dibuat oleh pengamal perubatan berdaftar Malaysia saya tersenarai dalam 9 calon menang. Jadi ahli Majlis MMC ini satu cabaran baru bagi saya. Saya bimbang tulisan media sosial saya reflect kepada pendirian MMC. Justeru saya perlu teliti dalam setiap patah posting yang dibuat di media sosial. Saya tetap saya. Status media sosial tidak boleh dijadikan landasan yang mengaitkan saya dengan entiti rasmi kecuali dinyatakan sedemikian. Akaun media sosial pun peribadi bukan atas jawatan rasmi.
.
Apabila kita makin dikenali, ramai followers, maka ramai juga musuh. Memang itu lumrah kehidupan yang terpaksa dihadapi. Penglibatan saya dalam media sosial sejak tahun 2000, banyak hasil penulisan saya lakarkan dalam blog peribadi suhazeli.com. Masa awal dahulu, saya begitu energetik menjawab segala persoalan. Menjawab mitos-mitos. Menyangkal antivaksin, pro ganja, geng rokok serta vape, tetapi apabila usia memamah diri, terasa semakin letih dengan semua itu. Persoalan dan jawapan yang sama dikitar-kitar oleh mereka. Konsep saya senang, tak berehi bahas panjang lebar sehinga berjidal berhari-hari. Kalau setuju follow la saya. Kalau tak setuju boleh duduk diam, atau keluar dari senarai follower. Terdapat segelintir yang tegar dan menuduh bukan-bukan sehingga ganggu keharmonian wall saya, block adalah tindakan wajar. Buat apa follower sampah duduk menyemak dalam halaman rumah kita. Bukan sahaja menyemak tetapi merosakkan! Bagi saya mereka tidak penting. Yang penting adalah ramai lagi followers saya yang sudi membaca buah fikiran saya. Saya rasa anda semua setuju!
.
Terima kasih daun keladi kepada semua. Semoga 2020 menjanjikan sesuatu kesejahteraan untuk semua rakyat (eh macam YB pulak)..hehe
.
Suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli
fb.com/Suhazeli.abdullah
31.12.2019
Kuala Berang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book