,

PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA DI MASJID IMAD AQIL, GAZA

masjid-imad-aqil-16-nov-201616 Nov 2016, Zatun, Gaza: Jutaan terima kasih kepada Papisma Malaysia dan SABASUN HyperRuncit atas sumbangan yang telah diamanahkan kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia untuk membina satu dewan serbaguna Masjid Imad Aqil di kawasan Zaitun, Bandar Gaza.
Dewan ini akan digunakan oleh seluruh penduduk Gaza bagi pembangunan ilmu-ilmu Islam dan menjadi nadi kepada pelajar tahfiz Al Quran di sana.
Dewan tersebut kini digunakan secara berpusat oleh sekitar 800 orang pelajar di kawasan tersebut.
Sumbangan dari Papisma Malaysia dan SABASUN tersebut telah disampaikan pada Disember lalu dalam satu majlis ringkas di Kota Bharu. Saya mewakili penduduk Gaza mengucapkan terima kasih. Tiada bahasa yang perlu diucapkan oleh kami di sini yang hidup penuh debaran peluru kecuali jazakallah khairan jazaa’ kepada semua penyumbang.
Semoga sumbangan ini akan dikutip di hadapan Rabbul Jalil semasa timbangan Mizan nanti sebagai amal soleh yang melayakkan kita semua ke Syurga.
Sdr Nadir Al Nuri
Persatuan Cinta Gaza Malaysia
16.11.2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...