Thursday, April 25, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Pampasan Kesan Sampingan Vaksin COVID-19

Kerajaan dah umum lama dah. Jika benar kesan serius atau mati akibat vaksin COVID-19, kerajaan akan bayar pampasan.

Pada 22 March lalu kerajaan dah umum. https://www.sinarharian.com.my/article/129645/KHAS/Covid-19/RM500000-jika-hilang-upaya-mati-akibat-vaksin-Covid-19

Julai, kenyataan rasmi YBMK menyatakan buat masa ini tiada lagi tuntutan pampasan diterima oleh kerajaan. Kerana apa? Tidak ada kes serius atau kematian berlaku. https://www.utusan.com.my/berita/2021/07/tiada-lagi-kes-melibatkan-pampasan-covid-19/

Ada pula yang keliru, antara pampasan akibat kesan vaksin dan pampasan akibat jangkitan COVID-19. Kedua-duanya adalah perkara berbeza.

1. Pampasan akibat AEFI vaksin. Menurut kenyataan YBMK dan Tan Sri DG sehingga tarikh ini tiada kes kematian atau kecacatan  akibat vaksin. Kabinet dah luluskan akta pampasan. Kalau benar wujud, sudah tentu akan diberikan.

2. Pampasan akibat jangkitan COVID-19. Yang ni sedang berjalan. Ada yang dalam proses bayaran.

Prosedur permohonan bagi pampasan akibat kesan sampingan vaksin boleh dilakukan melalui saluran rasmi.

a. Warganegara Malaysia yang menerima vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan mendapat kesan sampingan yang serius selepas menerima vaksin COVID-19 layak memohon Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

b. Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 ini akan dipertimbangkan berdasarkan kriteria yang perlu dipenuhi seperti berikut:

i. Adverse Events Following Immunisation (AEFI) mesti dikategorikan sebagai serius berdasarkan laporan penilaian oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19;

ii. Laporan AEFI hendaklah dihantar kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) oleh anggota kesihatan yang merawat pesakit;

iii. AEFI serius telah berlaku dalam tempoh tiga (3) bulan selepas menerima vaksin;

iv. Bagi kes kematian, laporan bedah siasat hendaklah disertakan; dan

v. Permohonan hanya dipertimbangkan sekiranya dihantar dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh berlaku AEFI. Bukti dan rekod dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan.

c. Permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada urus setia Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 di alamat seperti berikut:

Setiausaha Bahagian

Bahagian Kewangan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 7, Blok E7, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 PUTRAJAYA

(u/p: Unit Kawalan dan Pemantauan)

Nombor Telefon: 03-8883 3788/ 3120/ 3741/ 3115

E-mel: bkkvaksincovid19@moh.gov.my

Suhazeli Abdullah

7.9.2021

Kuala Berang

Rujuk: https://citf.mosti.gov.my/faq/docs/isu_khas/selepas-mengambil-suntikan-vaksin-saya-berasa-pening-dan-loya-saya-juga-mengalami-cirit-birit-adakah-saya-layak-mendapatkan-pampasan-bantuan-khas-kewangan-kesan-mudarat-covid-19-sebagaimana-yang/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles