www.suhazeli.com/wp
  • Home
  • Profile Saya
  • Hubungi Saya
  • Tanya Doktor
  • Search
  • Menu Menu
  • Home
  • Profile Saya
  • Hubungi Saya
  • Tanya Doktor
  • suhazeli
Jawab Isu, Terkini, Vaksin

Mahkamah Vaksin?

Mahkamah Vaksin?

Dalam satu rancangan Fb Live Datuk Dr Musa Nordin mempersoalkan kaedah penentuan punca kematian yang sedang dijalankan oleh KKM sekarang. Katanya KKM sedikit berat sebelah. Lalu dibandingkan dengan mahkamah vaksin di Amerika Syarikat. Bagi menampakkan keadilan, kerajaan digesa wujudkan mahkamah vaksin!

Namun saya kurang bersetuju dengan pandangan Dato Dr Musa. Ianya boleh diperbahaskan lagi. Mahkamah vaksin telah wujud sejak 1986 lagi di US. Hasil desakan daripada kumpulan yang menentang vaksin di Amerika Syarikat supaya diwujudkan mahkamah vaksin. Pada masa tersebut mereka menuduh vaksin DPT penyebab kepada kesan serius seperti vaksin penyebab autism dan kematian.

Namun hasilnya adalah tetap sama. Kumpulan mereka masih lagi tidak berganjak dari fikiran menyalahkan kerajaan dan pihak berkuasa dalam segala bentuk samada pemberian vaksin mahu pun setelah melalui proses mahkamah.

Keyakinan masyarakat terhadap pemberian vaksin bukan terletak kepada wujudnya mahkamah ataupun tidak. Tetapi maklumat yang diperolehi oleh masyarakat mestilah datangnya daripada individu yang sepatutnya dan ianya telus. Mahkamah vaksin tidak menjanjikan apa-apa kecuali meneruskan perseteruan di antara kerajaan dan kumpulan yang menentang vaksinasi dalam negara terbabit. Kita boleh lihat sendiri pemberian vaksinasi COVID-19 ini di Amerika Syarikat. Negara mereka adalah juara kepada pemberian vaksin, tetapi dalam masa yang sama jumlah penerimaan vaksin dalam Amerika Syarikat juga tidak memberangsangkan. Vaksin dos pertama mencecah kepada 77.2% sahaja. Manakala dos kedua sebanyak 65.7%, bahkan dos booster hanya mencecah 29.1% sahaja.

Maknanya penubuhan mahkamah vaksin tidak pun meningkatkan keyakinan rakyat terhadap program vaksinasi yang dijalankan oleh kerajaan. Malah ianya menimbulkan satu kesan yang negatif kepada masyarakat untuk terus menentang segala keputusan yang telah pun dibuat oleh kerajaan.

Mereka akan tetap menuduh kerajaan sengaja membuat keputusan berat sebelah jika ianya tidak sama seperti kehendak mereka. Mereka tidak berganjak dan senantiasa memutarbelitkan isu-isu kesan sampingan mahupun kematian. Kebenaran hanya dipihak mereka sahaja. Inilah selalu berlaku.

Sememangnya rakyat mempunyai hak untuk bersuara di bawah ruang lingkup undang-undang yang ada. Bahkan dalam negara kita juga peluang diberikan sama kepada rakyat untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak berkuasa melakukan kesilapan. Tetapi sebuah kerajaan yang berdaulat juga mempunyai hak untuk melindungi rakyat mereka dari terus di jangkiti oleh wabak penyakit berjangkit. Akta penyakit berjangkit 1988 (342) telah lama diwujudkan bagi menjamin hak kesihatan rakyat ini.

Perlu diingatkan bahawa mahkamah vaksin ianya tidak datang bersendirian. Wujudnya mahkamah vaksin apabila diwujudkan undang-undang mandatori vaksin ataupun akta yang mewajibkan pengambilan vaksin bagi setiap golongan yang diwajibkan. Malaysia masih lagi belum wujud undang-undang mandatori vaksin.

Suhazeli Abdullah

15.3.222

March 15, 2022/by Dr Suhazeli Abdullah
https://suhazeli.com/wp/wp-content/uploads/2022/03/e905d7c0-3154-4a97-a27a-d9b2aefc9c0e.jpg 1080 773 Dr Suhazeli Abdullah https://suhazeli.com/wp/wp-content/uploads/2019/10/header-logo-300x60.png Dr Suhazeli Abdullah2022-03-15 21:11:312022-03-15 21:11:32Mahkamah Vaksin?
Fiqh Perubatan, Jawab Isu, Terkini

๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ต ๐—–๐—ข๐—ฉ๐—œ๐——-19

Banyak ilmu baru kita belajar dalam pengurusan COVID-19 dan sentiasa mengemas kini pengurusan terbaik demi kebaikan masyarakat juga akhirnya. Sama seperti pengurusan jenazah COVID-19 jika sebelum ini kita mengambil model yang telah digunakan bagi menguruskan jenazah pesakit ๐—˜๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฎ sebagai tanda aras kita untuk menguruskan sakit COVID-19.

Mungkin ianya perlu dinilai semula berdasarkan kepada dapatan dapatan kajian yang juga telah dilakukan di seluruh dunia. Saya mengambil beberapa contoh untuk di ambil perjalanan andai kata kita ingin mengubah ataupun mengemas kini pengurusan jenazah COVID-19 ini. Ianya lebih kepada pembacaan peribadi saya dan mungkin boleh diperbincangkan lagi untuk kesesuaian dalam negara kita terutama sekali apabila melibatkan hukum agama-agama. Kami tahu p๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—บ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ณ๐—ฎ๐˜๐˜„๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ต๐—น๐—ถ ๐—ต๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—บ.

Kajian dari Australia menunjukkan bahawa tidak meningkatkan risiko jangkitan di kalangan pekerja yang menguruskan mayat COVID-19 di sana.

GMJ protokol UK mendapati bahawa transmisi dari mayat adalah minima. Jenazah, selepas dari 72 jam transmisi jangkitan sudah tiada. Mayat tidak bernafas atau mengeluarkan cairan pernafasan, jadi sumber utama jangkitan sudah berkurangan. Mereka juga bersetuju bahawa jangkitan dari mayat positif COVID-19 adalah rendah dan tiada kes di kalangan pengendali mayat di sana dijangkiti oleh COVID-19.

European CDC juga menyatakan jangkitan dari mayat COVID-19 adalah rendah kecuali bagi kes yang memerlukan post-mortem kerana melibatkan cecair badan. Perlindungan diri seperti PPE diperlukan bagi mengelakkan jangkitan.

Begitu juga mereka menyatakan bahawa majlis pengebumian bagi pesakit COVID-19 adalah rendah risiko dijangkiti kerana mayat itu sendiri telah dirawat. Lagipun mayat telah dijalankan kafan dengan lapisan plastik dan pengawet. Justeru bagi waris yang ingin mengiringi jenazah adalah dibenarkan dengan syarat memakai perlindungan diri dan mengikuti SOP standard.

Penentuan hukum oleh institusi fatwa adalah berdasarkan Al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Dalam masa sama ianya bergantung kepada waqi semasa setelah perbincangan lumat di antara ulama dan ahli perubatan. Kaedah menguruskan jenazah ketika wabak itu perlu mendapat persetujuan kedua-duanya sebagai ahli ikhtisas menurut bidang masing-masing. Ianya boleh berubah dari masa ke semasa berdasarkan kepada dapatan-dapatan yang terkini yang dibentangkan oleh pakar-pakar di dalam bidang tersebut.

Suhazeli Abdullah

8.3.2022

March 8, 2022/by Dr Suhazeli Abdullah
https://suhazeli.com/wp/wp-content/uploads/2022/03/cc674b53-3942-482e-80e6-0cbdf9e9c795.jpg 1080 864 Dr Suhazeli Abdullah https://suhazeli.com/wp/wp-content/uploads/2019/10/header-logo-300x60.png Dr Suhazeli Abdullah2022-03-08 21:20:542022-03-08 21:20:59๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ต ๐—–๐—ข๐—ฉ๐—œ๐——-19
Isu Perubatan, Jawab Isu, Mitos Vaksin, Terkini

Vaksin COVID-19 mRNA bertukar menjadi DNA?

Sabar, perbincangan isu ini adalah dalam bentuk akademik dan teori. Ianya perlu diterjemahkan dalam realiti. Jika kajian pra-linikal (seperti yang tunjukkan oleh kajian Sweden itu) membuktikan RNA bertukar kepada DNA, maka kajian perlu dilakukan secara klinikal pula (atas manusia). Maksudnya perlu dibawa bukti terhadap masyarakat ramai yang telah pun ambil vaksin jenis mRNA itu.

Sehingga kini sudah lebih setahun vaksin COVID-19 diberikan, tiada masalah besar terutama sekali kejadian kanser atau penyakit-penyakit pelik lain yang melibatkan teori RNA berubah kepada DNA.

Kita ambil contoh perbincangan akademik mengenai ujikaji secara pra-klinikal (kajian makmal), klorox boleh membunuh bakteria dan virus sehingga 99%. Namun adakah apabila kita demam akibat virus atau bakteria, boleh terus kita minum klorox? TIDAK! Bodohlah kalau terus kita minum dek kerana secara teori akademiknya klorox boleh membunuh kuman. Ianya WAJIB dijalankan kajian atas manusia yang ramai. Berapa jumlah dos yang sesuai? Bagaimana kaedah diberi, minum atau cucuk? Apakah Farmakokinetik (pergerakan sesuatu bahan dalam tubuh) itu mendatangkan hasil atau kesan yang sepatutnya. Apakah kesan negatif? Dan banyak lagi. Kalau sekadar pembuktian atas piring makmal, ianya tidak konklusif lagi. Secara teori bolehlah sembang, tetapi secara realiti, perlu dibawa bukti yang lebih jelas.

Sekali lagi, isu mRNA vaksin yang bertukar menjadi DNA itu sudah lama diungkitkan, namun secara realiti atas jutaan manusia yang telah diberikan vaksin COVID-19, tiada masalah besar pun. Bahkan vaksin COVID-19 telah berjaya mengurangkan kes-kes serta kematian akibat COVID-19.

Sebelum daripada ada vaksin lagi kumpulan yang sama membuat hingar bingar mengenai kewujudan COVID-19, kaedah kuarantin dan sekatan kesihatan awam yang kerajaan jalankan. Bagi mereka, semuanya itu tak berguna selagi kerajaan ikut arahan WHO, kata mereka. Masuk era pemberian vaksin, mereka semakin melalut sehingga mengangkat ubat seperti ivermectin sebagai ubat ajaib. Sedangkan sudah banyak hujah kajian bertaraf sahih menyatakan ivermectin tak berkesan.

Sebenarnya, tindakan mereka itu bertujuan mengurangkan lagi kepercayaan masyarakat kepada vaksin COVID-19. Bukan sahaja isu ini sahaja, tetapi isu lain pun mereka mempunyai satu agenda yang sama. Saya nasihatkan masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan kumpulan itu.

Suhazeli Abdullah

4.3.2022

P/s: Pakar yang bercakap tu pernah rawat kes COVID-19 ke? Atau sekurang-kurangnya dilantik dalam mana-mana jawatankuasa pengurusan COVID-19 peringkat klinik??

March 4, 2022/by Dr Suhazeli Abdullah
https://suhazeli.com/wp/wp-content/uploads/2022/03/img_2422.jpg 1894 1284 Dr Suhazeli Abdullah https://suhazeli.com/wp/wp-content/uploads/2019/10/header-logo-300x60.png Dr Suhazeli Abdullah2022-03-04 13:14:552022-03-04 13:15:06Vaksin COVID-19 mRNA bertukar menjadi DNA?
Page 3 of 339‹12345›»
July 22, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInRokok, Terkini, Vape Tags:Generational End Game, Rokok, Vape

Generasi Penamat Rokok

Isu rokok adalah satu isu yang mencengkam masyarakat kita sejakโ€ฆ

April 14, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInJawab Isu, Mitos Ganja, Terkini Tags:Ganja Perubatan, Ganja Rekreasi, Marijuana

Ganja Perubatan vs Rekreasi?

March 19, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInFiqh Ibadah Haji, Terkini, Travelog Haji Medik Tags:Ibadah haji

Apakah Istito’ah dalam menunaikan haji?

March 19, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInTerkini Tags:Ivermectin

Ivermectin memang tak berkesan

March 18, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInIsu Perubatan, Terkini Tags:John Hopkins, Long COVID-19, Sakit Jantung

Sakit Jantung Komplikasi COVID-19

July 22, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInRokok, Vape Tags:Rokok, Vape

Ganggu Gugat dari Industri Rokok

Kenapa Usaha perangi rokok tak berjaya?

Berikut adalah surveyโ€ฆ

July 22, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInRokok, Terkini, Vape Tags:Generational End Game, Rokok, Vape

Generasi Penamat Rokok

April 14, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInJawab Isu, Mitos Ganja, Terkini Tags:Ganja Perubatan, Ganja Rekreasi, Marijuana

Ganja Perubatan vs Rekreasi?

March 15, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInJawab Isu, Terkini, Vaksin Tags:Dato Dr Musa, Mahkamah Vaksin, Mandatori Vaksin

Mahkamah Vaksin?

March 8, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInFiqh Perubatan, Jawab Isu, Terkini Tags:Jenazah Covid-19

๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ต ๐—–๐—ข๐—ฉ๐—œ๐——-19

April 14, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInJawab Isu, Mitos Ganja, Terkini Tags:Ganja Perubatan, Ganja Rekreasi, Marijuana

Ganja Perubatan vs Rekreasi?

Ganja untuk Perubatan?
.
Selain daripada ketagihan, penyalahgunaanโ€ฆ

March 4, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInIsu Perubatan, Jawab Isu, Mitos Vaksin, Terkini Tags:DNA, mRNA, Vaksin COVID-19

Vaksin COVID-19 mRNA bertukar menjadi DNA?

February 27, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInMitos Vaksin, Terkini, Vaksin Tags:Booster

Taati Pemerintah Dalam Urusan Ke Masjid

February 23, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInIsu Perubatan, Jawab Isu, Mitos Vaksin, Terkini Tags:Berita Palsu

Berita Palsu Kesan Vaksin

February 22, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInMitos Vaksin, Terkini, Vaksin Tags:Varian Omicron

Jangkitan Varian Omicron vs Vaksin

March 19, 2022/by Dr Suhazeli AbdullahInFiqh Ibadah Haji, Terkini, Travelog Haji Medik Tags:Ibadah haji

Apakah Istito’ah dalam menunaikan haji?

Apakah Istito’ah dalam menunaikan haji?

1. Mampu dari sudutโ€ฆ

December 2, 2018/by Dr Suhazeli AbdullahInTerkini, Travelog Amal Tags:Palu, PFA, Warga Cakna

Trauma Healing di Palu Beri Kesan Mendalam

August 11, 2017/by Dr Suhazeli AbdullahInTerkini, Travelog Haji Medik Tags:Haid, Haji, OCP, Pil Hormon, Umrah

Guna Pil Hormon Semasa Haji & Umrah

July 17, 2017/by Dr Suhazeli AbdullahInFiqh Ibadah Haji, Travelog Haji Medik, Vaksin Tags:Haji, Influenza, Meningococcal, meningokokal, Pneumokokal, Vaksin

Vaksin Untuk Jemaah Hajiย 

July 16, 2017/by Dr Suhazeli AbdullahInFiqh Ibadah Haji, Travelog Haji Medik, Vaksin Tags:Haji, Influenza, Meningococcal, meningokokal, Pneumokokal, Vaksin

Vaksin Untuk Jemaah Hajiย 

Our Visitor

812324
Views Today : 37
Views Yesterday : 49
Views Last 7 days : 493
Views This Month : 2125
Views This Year : 6141
Total views : 68879
Powered By WPS Visitor Counter

Office

Address
Klinik Kesihatan Tengkawang
21700 Telemong
Hulu Terengganu

Contact
suhazeli[@]yahoo.com

Opening Hours:
Sun – Thur: 8:00-17:00
Fri – Sat: closed la. Nak rehat juga

Waktu Kerja

Terbuka bila-bila masa

ยฉ Copyright - www.suhazeli.com
  • Twitter
  • Facebook
Scroll to top