(وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۗ وَلَئِنْ قُلْتَ إِنَّكُمْ مَبْعُوثُونَ مِنْ بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُبِينٌ) [Surat Hud : 7]

image

Allah jadikan langit bumi hidup mati untuk menguji manusia, siapakah yg terbaik amalannya.

Jika dikurniakan kehidupan yang senang dan selesa adakah mereka bersyukur kpd Allah? Tanda syukur adalah kita lebih mendekatkan diri dengan Allah dan hidup berdasarkan ajaran agamanya dalam semua bidang kehidupan kita sebagaimana syukurnya Nabi Daud dan Nabi Sulaiman yang dianugerahkan Allah menjadi raja dan nabi..mereka berdua tidak sombong sebaliknya melipatgandakan amalan kebaikan tanda syukur kepada Allah.

Begitulah jika hidup kita susah dan berdepan dgn pelbagai masalah adakah kita bersabar dan masih ingat pd Ilahi dgn meneruskan amalan yang baik dalam semua bidang kehidupan?
Sebagaimana nabi Ayub yg diuji oleh Allah dgn musnah harta benda, kematian semua anak berbelas orang,sakit tubuh badan, pengikut melarikan diri hatta isteri juga akhirnya mengeluh. Namun Nabi Ayub tetap sabar hingga akhirnya Allah mengembalikan semula semua yg dimilikinya..harta, anak dan isteri.

Semoga kita dikalangan mereka yg bersyukur dan bersabar.

(الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ) [Surat Al-Mulk : 2]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleMencari hikmat atas segala musibah
Next articleHikmah atas segala sesuatu
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com