‪#‎MedTweetMY‬

Mesej yang di viral kan dalam media sosial

*Penjelasan*: Anatomi sistem perut tidak bersambung direct dgn sistem pundi kencing. Tidak benar wujudnya satu penapis (spinchter) seperti yang disebut itu kerana air yang diminum akan masuk ke sistem penghadaman seperti perut dan usus, kemudian di serap kedalam sistem darah. Dari sistem darah, barulah kumuhan darah akan dikeluarkan melalui buah pinggang.

Terlebih sadis lagi apabila mesej tersebut berhujah atas nama Rasulullah. Memang ada hadis melarang minum berdiri dan ada hadis yg menunjukkan Rasulullah s.a.w minum berdiri. Kata ‘Ali r.a: “Orang ramai tidak suka jika sseorang minum berdiri, sedangkan aku telah lihat rasulullah s.a.w lakukannya spt kamu melihat aku lakukan” (al-Bukhari).
Ertinya boleh minum berdiri jika ada keperluan berbuat demikian, jika tiada hendaklah duduk.

Hadis dari Sahih al-Bukhari dan sahih Muslim dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhuma, ia berkata, *_“Aku telah memberi minum kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari zamzam lalu beliau meminumnya sedang beliau dalam keadaan berdiri.”_*

Dalam perubatan, meminum air kosong tidak terikat dengan waktu. Malah tidak pernah dikaitkan dengan khasiat tertentu seperti mencegah serangan stroke dan jantung. Cuma ia mungkin elok di amalkan berdasarkan individu tertentu, seperti penyakit gastritis (refluks easophagitis) dinasihatkan tidak menyulami minum air semasa makan dan melengahkan pengambilan air sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan.

Yang penting jumlah air diminum seharian mencukupi. Paling minima 7-8 gelas air sehari. Jika musim panas, isipadu air kena tambah lagi sehingga 2-3 liter sehari.

Rijal Al Brangi
3 Ramadhan 1437

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePemakanan Sunnah dan Vaksin
Next articleHukum Membaca Al Quran Pada Air
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com