333988_Saudi-menSekonyong-konyongnya terdapat tiga berita tidak benar yang menjadi viral dalam dunia maya pada musim haji tahun ini.

Berita pertama:

“Dukacita dimaklumkan bahawa arab saudi telah menutup kemasukkan Jemaah haji di seluruh dunia akibat berlakunya ribut taufan di arafah. Jemaah yg telah tiba di jeddah pon diarah pulang ke negara masing-masing. Kemudian diberi sisipan URL YouTube yang menggambarkan ribut taufan tersebut.”

Berita kedua:

“Kubur Saidina Hamzah terbongkar kerana banjir melanda Madinah.”

Berita ketiga:

“Fwd: Pls be careful The deadly MERS-CoV virus is spreading in Malaysia We already have 2 confirmed cases in XXMC ward, both had contact with parents who Middle East countries. Pls wash ur hands especially after visiting public areas. And wear a mask if going to crowded areas. There is NO cure for MERS CoV. Fatality rate is 50%. Incubation period is about 2 weeks. Please please limit ur contact with pple who just arrived from affected areas ..”

Tidak diketahui punca rantaian tulisan berita tersebut. Ianya disebarkan melalui facebook, Twitter, sms, WhatsApp dan beberapa media sosial yang lain. Juga tidak diketahui motif penyebaran maklumat yang tidak benar tersebut.
Ramai di kalangan kita tidak selidiki sepenuhnya maklumat yang diterima. Terlalu ghairah untuk dikongsi dengan orang lain tanpa usul periksa. Akhirnya ia menjadi viral dalam dunia maya. Ketiga-tiga berita tersebut telah menjadikan masyarakat Malaysia panik dan serba ketakutan terutama jika ada saudara mara mereka yang berada di tanah suci. Walaupun benar berlaku hujan lebat dan air bertakung dek kerana sistem perparitan tidak sempurna di tanah suci, tetapi tidaklah sampai membahayakan jemaah haji sehinggakan kerajaan Saudi mengarahkan pulang jemaah haji! Ataupun sehingga kubur Saidina Hamzah terbongkar! Begitu juga dengan kes yang disyaki oleh pusat perubatan tanah air sebagai kes MERS-CoV. Istilah perubatan sentiasa mensyaki sesuatu penyakit, akan tetapi perlu disahihkan dengan ujian khas. Setakat tulisan ini ditulis, tidak ada yang positif serangan virus MERS-CoV.
Penyebaran maklumat seperti ini tidak cermat sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada kemuliaan kedua tanah suci Makkah dan Madinah (Al Haramain). Ingat lah pesanan Allah dalam firman Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Al Hujuraat:6

Dengan tersebarnya berita yang tidak sahih sedemikian, kita telah meletakkan satu aras yang sangsi kepada semua jemaah haji atau petugas haji. Di mana, apa sahaja pesakit yang dimasukkan ke wad setelah kembali dari Tanah Suci, kita akan melebelkan mereka berbahaya. Sesiapa sahaja insan yang berkait rapat dengan jemaah haji dan petugas haji juga akan dilebelkan sedemikian.

Tindakan melebelkan ini seolah-olah menggambarkan bahawa Tanah Suci adalah satu tempat yang tidak selamat di lawati, berbahaya dan perlu dijauhkan oleh selluruh umat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleAmalan di Tahun Baru
Next articleLaksana Hudud bukan kerana Kejelekan Ummat
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com