image

Alhamdulillah dapat merasai nikmatnya istirehat setelah 13 hari berpenat lelah di ops banjir Kemaman. Setiap orang diuji dengan kadarnya demi meningkatkan keimanan masing2. Reda kita pada ketentuan Nya adalah paling utama perlu dicari. Hanya Allah menjentik sahaja dengan ujian ini agar kita insaf bahawa hidup difana ini hanya sementara. Bayangkan orang lain yang lebih hebat diuji, ditimpa banjir habis rumah ditenggelami. Bawa sehelai sepinggang. Ada rumah mangsa hancur dan hanyut. Disitulah satu-satunya tempat berlindung. Namun wajah mereka tetap tenang. Pasrah dengan apa jua yang berlaku.

image

Bayangkan juga kesudahan hidup mereka pada hari-hari mendatang. Doakan agar mereka semua tabah.
Antara hikmah yang boleh digarap olehku bahawa pergantungan jitu kepada Rabbul Jalil terlalu amat penting. 48 jam terputus hubungan dengan anak isteri. Cemas! Namun hubungan dengan Allah tetap utuh. Dia Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Segala peristiwa dibawah takluk biayaNya.

image

Bayangkan ketika di Mahsyar nanti. Di lautan manusia yang dibangkitkan terpisah satu sama lain. Allah akan temukan kita dengan insan-insan yang pernah hadir dalam kehidupan kita. Kita bertemu bukan untuk memupuk kasih, tetapi menuntut hak dosa dan pahala. Tanpa kompromi.  Semuanya akan nafsi-nafsi. Ya Allah jadikan pasangan ku dan zuriatku sebaik mata memandang dan jadikanlah kami pemimpin di kalangan orang bertaqwa. Jauhkan lah kami dari azab qubur dan azab neraka. Kurniakan kami Jannatul Firdaus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleLaksana Hudud bukan kerana Kejelekan Ummat
Next articleMusibah adalah Ujian pada hambaNya
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com