“Pernah saya cadang kepada seorang rakan supaya buat kebajikan semasa majlis kenduri kahwin.” ujar seorang aktivis jemaah Kuala Berang.
“Macam mana kaedahnya?” saya teruja dengan kata-kata beliau.
“La ni masyarakat kita perlu ubah minda agar tidak mengamalkan salam berkait semasa majlis Kenduri kahwin.” terus beliau dengan penuh semangat.
“Kalau orang nak beri duit juga masa salam, saya cadangkan kita sediakan satu tabung dan tabung tu diberi nama derma kebajikan kepada surau.” tambah beliau.
“Iye jugak, satu cadangan yang bagus dan praktikel, dan saya nampak Hj Wahab telah melaksanakan sendiri semasa majlis Kenduri kahwin anak haji hari ni.” Aku menyampuk.
Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008