image

Terbitan semula dari artikel asal: Ibadah Haji dan Umrah dalam sakit

Luka mak cik perlu ditampal dengan kain kapas”Aku memberi sedikit penjelasan kepada seorang jemaah yang baru dibalut kerana luka dilengan. Dia jatuh dalam bilik air hotel pagi tadi.”Lepas tu Mak Cik nak ambil air sembahyang macam mana?” Dia mengajukan soalan yang menginginkan penerangan lanjut.

Situasi begini sering berlaku di Klinik Zon atau Maktab di Tanah Suci. Malah masalah fekah sebegini juga berlaku di wad-wad atau klinik di Tanah Air. Satu hal yang perlu diambil perhatian bahawa ramai kakitangan kesihatan yang beragama Islam sendiri tidak mengetahui cara mengangkat hadas bagi pesakit yang uzur atau berhalangan terkena air. Pengetahuan mengenai tatacara mengangkat hadas tidak pernah diajar di dewan-dewan kuliah. Kecualilah initiatif dari kakitangan berkenaan belajar dengan ustaz atau membaca bahan bacaan tertentu. Walaubagaimana pun bahan bacaan yang menerangkan mengenai cara bersuci dan solat bagi pesakit amat terhad. Bagi sesetengah negeri seperti Kelantan dan Terengganu, Majlis Agama lslam masing-masing telah menerbitkan buku tatacara beribadah bagi pesakit. Akhir-akhir ini Persatuan Perubatan lslam Malaysia (PPIM) juga menerbitkan buku panduan ibadah pesakit.

image

Begitu juga Papisma mengeluarkan satu buku fekah perubatan. Buku-buku sebegini patut dimiliki oleh setiap anggota kesihatan untuk dijadikan panduan dalam mendidik pesakit mengenai ibadah sewaktu sakit.

Berikut adalah panduan ringkas kepada pesakit yang akan melakukan ibadah semasa sakit.

Mengambil wuduk
Syarat sah sembahyang adalah suci dari hadas. Berwuduk adalah kaedah mengangkat hadas dia menjadi wajib sebelum melakukan sembahyang. Dalam keadaan tertentu, pesakit mengangkat hadas dengan tidak sempurna seperti terdapat plaster ditangan. Di sinilah perlunya kaedah mengangkat hadas yang betul dan disepakati oleh ulamak berpandukan sunnah Rasulullah SAW.

3 Perinsip Asas
Terdapat 3 perinsip asas dalam tatacara mengangkat hadas yang telah dibincangkan oleh ulamak berdasarkan hadis Nabi SAW.
Tatacara mengangkat hadas bagi pesakit yang mempunyai halangan dari terkena air dibahagian anggota wajib wuduk, seperti terdapat plaster di tangan atau simen di kaki.
A. Pesakit berwuduk seperti biasa,
B. Sapukan di atas plaster atau simen,
C. Selesaikan wuduk sehingga akhir,
D. Dikehendaki bertayammum menggantikan anggota wuduk yang tidak terkena air wuduk tadi,
E. Satu kali mengangkat hadas seperti a-d untuk satu fardu sembahyang sahaja setelah masuk waktunya,
F. Tidak perlu mengulangi sembahyang setelah penyakit sembuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleHaji Tamattuk Tanpa Dam
Next articleBerhati-hati dengan Teknologi Canggih yang mengalphakan kita, Damlah Jawabnya
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com