image

Makanan bergula boleh menyebabkan kulit anda kurang elastik. Dengan lain anda akan kelihatan lebih tua berbanding dengan umur anda. Ini kerana gula berlebihan dalam darah akan bergabung dengan protein yang sedia ada bagi membentuk satu toksid darah yang diberi nama Advanced Glycation End (AGE). AGE akan mengakibatkan sel badan teroksida, sel menjadi radang dan mengeraskan kolagen kulit. Akhirnya kulit anda akan kelihatan lebih tua berbanding dengan umur semasa anda. AGE juga akan mengakibatkan pembuluh darah mengeras dan anda mudah diserang penyakit nyanyuk (Dimentia). Sebagai pencegahan elakkan makanan yang boleh meningkatkan AGE ini. Asasnya kurangkan makanan bergula. 1. Elakkan penggunaan microwave. 2. Elakkan makanan segera. 3. Perbanyakkan makanan dalam bentuk rebus atau stim. 4. Jika menggunakan minyak dalam masakan, gunakan minyak bijiran. 5. Mencampurkan pemasam seperti limau atau cuka kedalam makanan berdaging.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleMasa dan Tenaga kita
Next articleSetitik Dakwat
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com