Laksana Hudud bukan kerana Kejelekan Ummat
Terima kasih Sultanah Bolkiah Brunei Darul Salam yang telah membuka mata seluruh ummat rantau Asia kerana akan melaksanakan hudud bermula Januari 2014 nanti. Langkah ini menjadi kayu ukur kepada negara-negara Islam lain untuk melaksanakan perintah syariat itu. Kerajaan Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990, lama telah bersuara ingin melaksanakan syariat Islam ini. Namun kekangan undang-undang persekutuan telah membantutkan perlaksanaannya. Enekman Kanun Syariah II telah lama diluluskan oleh Dewan Negeri. Beberapa kali Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS mengusulkan di Parlimen, namun tidak diluluskan untuk diperbahaskan. Sedih.
Kita semakin bimbang dengan meningkatnya jenayah bunuh, rompak, zina dan lain-lain lagi di negara kita akhir-akhir ini. Tidak ada solusi yang ampuh bagi membendungnya. Pelbagai enekmen digubal bagi mengatasi, tapi gagal. Lantas ramai yang mula berani membuka mulut termasuk orang kuat Umno sendiri Datuk Seri Anuar Musa. Adakah ini strategi politik? Hanya dia dan Allah mengetahuinya.
Hudud adalah hukum yang wajib dilaksanakan. Dinyatakan dalam al Quran demi menjaga maslahat ummat. Juga salah satu pencegahan yang dijamin olenNya.
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Bermaksud: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Al-Maidah 38
Perlaksanaan syariat bukan kerana kejelekan ummat. Bukan juga kerana statsitik jenayah meningkat. Ia wajib sejak diturunkan perintah wajib semasa zaman Rasulullah lagi. Tanpa mengambil kira jenayah rendah atau jenayah meningkat. Hukumnya tetap sama. Andai sekiranya jenayah di Brunei 0% sekalipun, kewajipan syariat Islam tetap tidak berubah. Yang penting kita sebagai makhluk ikut apa yang dimaktubkan oleh Al-Khaliq.
