DEGIL

Ada orang share flow chart pengurusan ibu hamil yang memilih untuk bersalin di rumah. Kononnya hujah kumpulan “Mereka Kena Tipu” itu bahawa KKM sendiri membenarkan ibu-ibu hamil bersalin di rumah.

Helo bro, baca sampai habis dulu pekeliling yang di keluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan yang bertarikh 13 Mac 2014 itu. Hadam betul-betul apa hasrat KPK dan kenapa pekeliling itu wujud.

KKM sudah cukup berhemah dengan kumpulan doula ini. Apabila berlaku 2 kes kematian akibat kejahilan ibu dan dihasut oleh doula supaya bersalin di rumah sebelum tahun 2014, lantas pekeliling ini dikeluarkan bagi memberi garis panduan. Kes yang masyhur adalah kes Amy Karmila yang meninggal dunia akibat komplikasi masa bersalin. Puncanya adalah gagal menilai risiko yang mungkin berlaku dan gagal bertindak cepat apabila tanda-tanda kecemasan timbul atas si ibu.

Mai saya terangkan dengan lukisan mudah mengenai flow chart tu. Ianya dibuat oleh beberapa pakar kesihatan bagi mengurangkan jumlah kelahiran tidak selamat. Anggota kesihatan berusaha sedaya mungkin untuk membantu dan menghulurkan kemahiran mereka. Bermula dari kenal pasti pesakit yang berniat bersalin di rumah, sehinggalah anggota diarah pulang dari premis berkenaan, tidak putus-putus NASIHAT dikeluarkan walaupun si ibu DEGIL. Saya catat dalam flow chart itu, tidak kurang dari tujuh tempat NASIHAT diberikan. Bukan sahaja seorang anggota kesihatan yang terlibat, malah penyelia (Sister atau Matron) pun turut serta beri NASIHAT. Dalam sesetengah kes yang terlalu berisiko, Pakar Perubatan Keluarga juga akan turut memberikan NASIHAT.

Jika masih berDEGIL, pekeliling tersebut mengarahkan anggota terlibat meninggalkan premis (rumah si ibu) bagi mengelakkan implikasi undang-undang keatasnya.

Dalam hati anggota berkenan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada si ibu dan anak. Sudah habis seribu daya memujuk. Keadaan ini semakin parah jika si ibu dihasut oleh doula samada doula berada di sisi atau melalui arahan wasap.

Sekian penjelasan dari suhazelipedia.com

Fb.Com/drsuhazeli

17.2.2018

Kuala Berang

#SayNoToUnSafeBirth

Nota tambahan: “Ikut Mung La Semek”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleBayi dilemahkan dengan vaksin? Jawapan kepada Jerry Ⓓ Gray
Next articleKepercayaan Karut semasa Gerhana
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com