Ketum pula dah didakwa boleh merawat COVID-19?

Isu ni sejak daripada bulan Mac tahun lepas (2020) lagi dan telah pun dijawab bahawa ketum tidak sesekali boleh merawat COVID-19. Bahkan tidak ada pun bahan dalam ketum itu boleh mencegah atau membunuh virus COVID-19.

Yang jadi viral juga tu hanya troll dari geng-geng Mat ketum yang sengaja nak menaikkan ketum supaya senang mereka minum ketum, itu saja.

Antara hujah pelik mereka mengatakan bahawa buah ketum tu sama bentuk dengan Coronavirus. Kalau inilah asas berfikir bagi orang Melayu dan Islam, memang  kurang cerdik. Kenapa tak dakwa buah durian ke buah rambutan ke? Bentuk pun lebih kurang sama juga atau spoket basikal pun bentuk sama juga?

Sebagai sebuah masyarakat yang berilmu kita mesti mempunyai disiplin ilmu bagaimana untuk menzahirkan sesuatu dakwaan. Tidak boleh semata-mata kita melihat dari segi mata kasar dan terus kita mendakwa bahawa sesuatu bahan itu boleh merawat sesuatu. Ianya perlulah dibawa bukti melalui penerokaan dan kajian. Inilah yang diterapkan dalam agama kita sebagai orang yang berfikir dan mengkaji sebab akibat sesuatu itu boleh berlaku.

Saya baca artikel dari Indonesia, katanya Ketum boleh merawat COVID-19. Tetapi artikel itu berbentuk andaian semata-mata, bukan pun bentuk penulisan kajian. Malah boleh saya katakan ianya khayalan. Virus COVID-19 baharu setahun lebih timbul, mereka sudah mendabik dada dan mendakwa bagai. Masa mana mereka dapatkan sampel kajian? Bila metodologi kajian mereka diluluskan? Di sini pun nampak sudah tak betul dakwaan begitu.

Malah, apa yang pasti, kajian mendapati bahawa bagi pesakit yang mengambil ketum atau bahan terlarang boleh mendatangkan mudarat yang lebih teruk berbanding dengan orang lain. Bahan aktif metragynine dalam ketum itu adalah dimasukkan di bawah kategori dadah bahaya yang boleh merosakkan mental (psycho-active).

Dah tu tak ada kajian ke setakat ini untuk merawat COVID-19?

Ada, terdapat beberapa kajian yang telah pun dibuat dan dimasukkan ke dalam pelaporan  jurnal. Tapi kesemuanya tidak menemui jalan penyelesaian. Keputusan tidak konklusif. Lihat rujukan kajian oleh Darshan Singh (2020).

Jadi oleh kerana buat masa ini belum lagi ada kajian yang tuntas bawa ketum ini boleh mencegah atau merawat COVID-19, tak perlulah diviralkan dan menggesa kerajaan untuk menggunakan ketum untuk merawat pesakit-pesakit COVID-19.

Dari elok-elok saja pesakit duduk kat pusat kuarantin, tiba-tiba semua jadi khayal akibat daripada minum ketum. Jadi citer lain pula. Letih pulak frontliners duk layan mat ketum. Dahlah pesakit yang di dalam ICU atau wad kritikal itu perlu perhatian penuh tanpa ganggu gugat dengan benda yang masih belum pasti, tetiber nak layan pula permintaan yang belum tentu itu.

Suhazeli Abdullah

7.6.2021

Kuala Berang

Rujukan:

Singh D, Brown PN, Cinosi E, Corazza O, Henningfield JE, Garcia-Romeu A, McCurdy CR, McMahon LR, Prozialeck WC, Smith KE, Swogger MT, Veltri C, Walsh Z, Grundmann O. Current and Future Potential Impact of COVID-19 on Kratom (Mitragyna speciosa Korth.) Supply and Use. Front Psychiatry. 2020 Nov 26;11:574483. doi: 10.3389/fpsyt.2020.574483. PMID: 33324252; PMCID: PMC7726130.

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/33324252/

https://www.researchgate.net/publication/347055682_Can_Kratom_Mitragyna_speciosa_Alleviate_COVID-19_Pain_A_Case_Study

https://www.hopkinsmedicine.org/news/newsroom/news-releases/natural-herb-kratom-may-have-therapeutic-effects-and-relatively-low-potential-for-abuse-or-harm-according-to-a-user-survey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleVaksin Penyebab Varian Baharu?
Next articleBahaya Vaksin COVID-19?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com