#MedTweetMY
Senusantara berbincang dalam media sosial pagi tadi mengenai gerhana matahari. Pelbagai reaksi timbul. Sebahagiannnya tak kisah apa berlaku. Terdapat juga yang terlebih “excited” mengenai fenomena gerhana matahari pertama diabad 21. Apa pun, ini adalah kejadian Tuhan yang Maha mentadbir seluruh makhlukNya di semesta alam. Gunanya kepada kita adalah untuk berfikir seterusnya memuji kehebatan Nya jua.
Segelintir dari kita mempercayai beberapa petua apabila berlakunya gerhana. Antaranya:
i. Tidak boleh memasak semasa gerhana kerana kononnya akan menyebab penyakit pelik dari masakan tersebut.
ii. Semua jendela dan pintu di tutup dengan kertas kerana percayai cahaya gerhana merosakkan kulit dan kesan kesihatan.
iii. Wanita hamil dilarang keluar rumah kerana percaya bayi dalam kandungan menjadi cacat atau kulit keluar tanda-lahir (birthmark).
Kepercayaan berkenaan tiada asas. Dalam perubatan pun tiada laporan kejadian yang dikaitkan seperti itu. Malah mempercayainya kemungkinan menjadi syirik kerana sesuatu kejadian seperti gerhana ini tidak akan mendatangkan sial, pun sebaliknya.
Cuma mata kita akan terkesan jika kita melihat secara terus matahari samada semasa gerhana ataupun tidak. Dinasihatkan melihatnya menggunakan kaca mata hitam atau alat khas.
Dr Suhazeli Abdullah
F: fb.com/drsuhazeli
W: www.suhazeli.com
9.3.2016