Covid-19 adalah sesuatu yang tak nampak. Kita pun tidak tahu nasib kita bagaimana. Apa yang penting bagi kita adalah ikhtiar. Dari banyak kajian yang dilakukan seluruh dunia memang terbukti dos penggalak amat diperlukan buat masa ini.

  1. Antibodi badan semakin berkurang secara perlahan-lahan. Kajian mendapati 3 bulan sudah mula menurun. Bukan sahaja individu yang diberi vaksin, tetapi individu yang mendapat antibodi secara semulajadi pun mengalami perkara sama.
  2. Kewujudan varian terbaharu seperti Omicron amat merisaukan. Walaupun kajian mendapati Omicron itu tidak menyebabkan kes teruk, tetapi gelombangnya cukup besar. Andaikata hanya 1% yang teruk. Bayangkan 1% dari ribuan kes berbanding 1% dari ratusan ribu kes. Ianya satu angka yang menentukan jumlah perbezaan.
  3. Cuma masalahnya adalah kesan sampingan dos penggalak dilihat lebih kuat dari dos 1 dan 2. Namun semuanya masih lagi dalam wilayah pengetahuan kita bahawa kesan sampingan wujud. Seperti mana sebelum cuuck doktor akan memberi nasihat mengenai beberapa kesan sampingan yang mungkin terjadi, bagaimana cara mengenali dan bagaimana cara merawat.
  4. Laporan terbaharu dari Tan Seri Dr Noor Hisham, DG Kesihatan: Sebanyak 896 daripada 24,286 kes kesan mudarat berikutan imunisasi (AEFI) adalah berkaitan dengan pemberian dos penggalak. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 42 kes menunjukkan kesan sampingan serius manakala sebahagian besarnya menghadapi kesan sampingan minimum.
    “Sehingga 15 Januari 2022, sejumlah 60.7 juta dos vaksin COVID-19 telahpun diberikan, di mana 9.2 juta dos adalah dos penggalak.
    “Kalau kita lihat jumlah yang dilaporkan ialah 0.4 untuk setiap 1,000 dos yang telah diberikan. Dos penggalak ialah 0.1 bagi 1,000 dos yang telah diberikan dan AEFI yang membabitkan kes sampingan yang teruk ialah 0.05 untuk 1,000 dos yang telah diberikan.

Dan juga laporan miokarditis, kita telahpun maklum iaitu dalam kalangan kanak-kanak ialah satu hingga tiga kes untuk setiap 100,000 yang mendapat kesan miokarditis,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

Sekiranya tidak divaksinasi, Dr Noor Hisham berkata individu terbabit terdedah dengan risiko 36 kali lebih tinggi jika dijangkiti COVID-19.

Bagi imbangi kedua-dua risiko dan manfaat inilah, KKM mengambil langkah bertanggungjawab untuk memberikan vaksin booster kepada rakyat Malaysia.

Suhazeli Abdullah
11.2.2022

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleJumlah Ujian Covid-19 Sehari
Next articleMaklumat Ujian Covid-19
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com