, , ,

Kanak-kanak Mati 52 kali ganda akibat vaksin?

Kalau tak tahu jangan sebar. Ini tidak, bukan setakat sebar tetapi kutuk KKM dan doktor kerana terus beri vaksin COVID-19.

Masalahnya artikel yang disebarkan itu tak betul. Maklumat telah diambil luar konteks dan di olah sedemikian rupa supaya pembaca makin takut dengan vaksin. Tujuan penulisan pun dah diketahui. Malah website yang siarkan artikel itu pun banyak kontroversi.

Hakikat sebenar adalah
1️⃣ Tiada bukti dikaitkan pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak di UK meningkatkan kadar kematian.
2️⃣ Tiada seorang pun individu berumur <35 tahun di England mati akibat kesan sampingan vaksin COVID-19.
3️⃣ Kekeliruan artikel yang merujuk kepada jumlah kematian dalam data Office of National Statistics (ONS) itu adalah merujuk kepada kematian keseluruhan bayi akibat penyakit-penyakit lain. Kenyataan rasmi dari ONS tidak pula mereka petik.

Saya nasihatkan kepada orang ramai supaya jangan terus sebar berita yang tidak tahu hujung pangkal atau artikel yang mengelirukan.

Suhazeli Abdullah
15.2.2022

Rujuk: ONS Statement. Deaths caused by the COVID-19 vaccine up to January 2022. February 3, 2022. https://www.ons.gov.uk/aboutus/transparencyandgovernance/freedomofinformationfoi/deathscausedbythecovid19vaccineuptojanuary2022

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...