Oleh Ammar Kamar
Ah terlalu ramai!

Lengkap hari saya dengan 3 pesakit yang mengambil ubatan tradisional yang ditempa dengan bahan terlarang.
Salah seorang, Pakcik Rahmat (bukan nama sebenar).
Pakcik mengalami muntah darah memenuhi semangkuk nasi banyaknya. Dibawa ke hospital dengan penuh panik oleh isterinya, yang setengah abad lebih umurnya. Jelas kelihatan akan kepenatan mereka, dengan makcik tersengguk-sengguk menahan mengantuk. 

Setelah diselidik, kami sepasukan mendapati tiada punca yang lain yang mengakibat pendarahan dialami Pakcik Rahmat, melainkan pengambilan ubatan tradisional yang telah disahkan mengandungi dexamethasone, yakni sejenis steroid.
Saya mara kehadapan kearah makcik dan pakcik untuk beri sedikit penerangan. Allahu kasihan. Pakcik dan makcik terlalu naif untuk menerima maklumat bahawa ubat yang diambil selama ini mengandungi bahan yang berbahaya. 

Tersentak pakcik dan makcik apabila diberitahu bahawa pendarahan major yang dialami adalah disebabkan oleh ubat tradisional yang dimakan! Jauh pakcik mengelamun tanpa tentangan mata. Saya rasa dia masih tak faham. 

Tak mengapa. 

Kita beri masa.
Allahu.
Kali terakhir saya dapat tahu bahawa pegedar menjanjikan pulangan wang jika produk mereka tidak berkesan. Soalan saya, kalau Pakcik Rahmat meninggal, anda (penjual) nak pulangkan apa ya?

Ataupun anda cuci tangan terus? 

Ataupun guna hujah konsep ikhtiar, tawakkal dan takdir sebagai lubang meloloskan diri?
Semoga tidur lena wahai penjual biadap, sebelum balasan datang memberi salam.
Ayuh lengkapkan diri kita dengan ilmu. Tanyalah mereka yang ahli dalam isu-isu kesihatan. 
#jauhiprodukmenipu 

#jauhiprodukmencurigakan 

#jauhiproduktakberdaftar 
Ammar Kamar

Pegawai Farmasi Anda

Medical Mythbusters Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous article​Produk Kesihatan Bertopeng Sunnah
Next articleVirus HIV dalam Tin? 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com