โ€‹#HUKUM_MEMBELA_ANJING


Hari ni terlihat sebuah video seorang muslim yang memelihara anjing. Kami di Pusat Talaqqi Batu Rakit (Fb.com/PTBR.Official) terus bertanyakan guru kami Ustaz Ahmad Tarmizi Taha berkaitan isu ini. Boleh ke muslim memelihara anjing dan bermesra dengannya. 

Berikut jawapan UATT 

๐Ÿ”ดmohon pencerahan berkenaan seorang wanita Islam yang membuat kempen bela anjing
JAWAPAN
ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽู„ุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู†ูŽุจููŠู‘ูŽู†ุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏูุ› ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†
HUKUM MEMELIHARA ANJING 
Haram membela anjing tanpa ada keperluan ( hajat ). Dalilnya ialah beberapa hadis di antaranya:
Muslim meriwayatkan
ู…ูŽู†ู ุงู‚ู’ุชูŽู†ูŽู‰ ูƒูŽู„ู’ุจู‹ุง ุฅู„ุง ูƒูŽู„ู’ุจูŽ ู…ูŽุงุดููŠูŽุฉู ุฃูŽูˆู’ ุถูŽุงุฑูุŒ ู†ูŽู‚ูŽุตูŽ ู…ู† ุนูŽู…ูŽู„ูู‡ูุŒ ูƒูู„ู‘ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูุŒ ู‚ููŠุฑูŽุงุทูŽุงู†ู
Sesiapa yang memelihara anjing  KECUALI  anjing yang menjaga binatang peliharaan atau untuk pemburuan , kuranglah pahala amalannya  setiap hari sebanyak dua qirat.
Muslim juga meriwayatkan 
ู…ูŽู†ู ุงู‚ู’ุชูŽู†ูŽู‰ ูƒูŽู„ู’ุจู‹ุง ู„ุง ูŠูุบู†ููŠ ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฒูŽุฑู’ุนู‹ุง ูˆูŽู„ูŽุง ุถูŽุฑู’ุนู‹ุงุŒ ู†ูŽู‚ูŽุตูŽ ู…ูู†ู’ ุนูŽู…ูŽู„ูู‡ูุŒ ูƒูู„ู‘ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูุŒ ู‚ููŠุฑูŽุงุทูŒ
Sesiapa yang memelihara anjing yang tidak diperlukan untuk menjaga tanaman atau menjaga  binatang peliharaan, kuranglah pahala amalannya  setiap hari sebanyak satu qirat.
Menurut Imam Nawawi qirat ialah 
ู…ูู‚ู’ุฏูŽุงุฑูŒ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุซู‘ูŽูˆูŽุงุจู ู…ูŽุนู’ู„ููˆู…ูŒ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰
Kadar pahala hanya diketahui oleh Allah.
Apa  yang pastinya amalan menjadi berkurangan dengan sebab memelihara anjing.
Walaubagaimanapun Ibn Abd al Barr berpendapat memelihara anjing hukumnya makruh bukannya haram. Alasan beliau ialah hadis hanya menyebut pahala amalan menjadi berkurangan bukannya larangan membela anjing.
Pendapat beliau telah disanggah oleh Ibn Hajar di dalam Fath al Bari dengan menyatakan bahawa pahala berkurangan kerana perbuatan memelihara anjing menunjukkan perbuatan memelihara anjing  tersebut adalah haram. 
SEBAB PAHALA MENJADI KURANG
Imam Nawawi menyatakan beberapa pendapat ulamak tentang sebab pahala menjadi berkurangan akibat memelihara anjing. 
Pahala menjadi berkurangan kerana :
1-Para malaikat enggan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya anjing.
2-Orang ramai menjadi takut dan bimbang dari kemudoratan anjing tersebut.
3-Melakukan perbuatan haram iaitu membela anjing tanpa kebenaran syarak.
BILAKAH HARUS MEMELIHARA ANJING?
Anjing harus dipelihara ketika wujud keperluan yang diakui oleh syarak. Keperluan ini dinamakan HAJAT. HAJAT ialah satu keperluan manusia yang ketiadaannya menyebabkan kehidupan menjadi susah tetapi tidak memudoratkan agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta.
Apabila seseorang mempunyai HAJAT maka harus baginya memelihara anjing. Dalilnya ialah hadis di atas yang menyatakan harus membela anjing untuk menjaga binatang ternak atau untuk berburu.
Diqiaskan kepada berburu dan menjaga binatang ternak ialah segala HAJAT yang lain.
ANJING BINATANG YANG TIDAK PERLU DIBANTU?
Kenyataan di atas bukanlah membawa maksud anjing binatang yang wajib dihapuskan dan boleh dibunuh dengan sewenang-wenangnya.
Hanya anjing yang merbahaya sahaja yang wajib dibunuh seperti anjing gila dan anjing garang yang mengancam keselamatan manusia.
Adapun anjing yang tidak merbahaya, maka ianya dibiarkan dan haram disakiti. Bahkan jika kelaparan, maka berpahala memberi makan minum kepadanya.
Al Bukhori meriwayatkan
ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุฌูู„ู‹ุง ุฑูŽุฃูŽู‰ ูƒูŽู„ู’ุจู‹ุง ูŠูŽุฃู’ูƒูู„ู ุงู„ุซู‘ูŽุฑูŽู‰ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุนูŽุทูŽุดูุŒ ููŽุฃูŽุฎูŽุฐูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ู ุฎููู‘ูŽู‡ูุŒ ููŽุฌูŽุนูŽู„ูŽ ูŠูŽุบู’ุฑููู ู„ูŽู‡ู ุจูู‡ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุฃูŽุฑู’ูˆูŽุงู‡ูุŒ ููŽุดูŽูƒูŽุฑูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽู‡ูุŒ ููŽุฃูŽุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ
Bahawa seorang lelaki terlihat seekor anjing sedang memakan tanah kerana kehausan, lalu lelaki tersebut mengambil  kasut kulitnya dan mengisi air ke dalamnya dan memberi minum kepada anjing tersebut sehingga hilang dahaganya. Allah meredai perbuatannya itu dan memberi balasan kepadanya. Lalu Allah memasukkan dia ke dalam syurga.
Al Bukhori meriwayatkan 
ุจูŽูŠู’ู†ูŽู…ูŽุง ูƒูŽู„ู’ุจูŒ ูŠูุทููŠูู ุจูุฑูŽูƒููŠู‘ูŽุฉูุŒ ูƒูŽุงุฏูŽ ูŠูŽู‚ู’ุชูู„ูู‡ู ุงู„ุนูŽุทูŽุดูุŒ ุฅูุฐู’ ุฑูŽุฃูŽุชู’ู‡ู ุจูŽุบููŠู‘ูŒ ู…ูู†ู’ ุจูŽุบูŽุงูŠูŽุง ุจูŽู†ููŠ ุฅูุณู’ุฑูŽุงุฆููŠู„ูŽุŒ ููŽู†ูŽุฒูŽุนูŽุชู’ ู…ููˆู‚ูŽู‡ูŽุง ููŽุณูŽู‚ูŽุชู’ู‡ู ููŽุบูููุฑูŽ ู„ูŽู‡ูŽุง ุจูู‡ู
Sedang seekor anjing yang hampir mati mundar mandir di tepi sebuah perigi kerana kehausan, dan  seorang pelacur dari Bani Israel terlihatnya, lalu dia mencabut kasut kulitnya dan mengisi air ke dalamnya , dan memberinya minum , lalu dia diampun oleh Allah SWT.
Dalam riwayat Muslim dinyatakan
ู‚ูŽุงู„ููˆุง: ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ู„ูŽู†ูŽุง ูููŠ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ู’ุจูŽู‡ูŽุงุฆูู…ู ู„ูŽุฃูŽุฌู’ุฑู‹ุงุŸ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ยซูููŠ ูƒูู„ู‘ู ูƒูŽุจูุฏู ุฑูŽุทู’ุจูŽุฉู ุฃูŽุฌู’ุฑูŒยป
Para sahabat bertanya wahai Rasulullah adalah kami mendapat pahala kerana menolong binatang?
Baginda menjawab menolong setiap yang bernyawa mendapat pahala.
INGATAN
Setiap amalan baik akan diterima jika memenuhi dua syarat iaitu:
1-Ikhlas.
2-Menepati ajaran syarak.
Ibnu Kathir menyatakan ketika menafsirkan ayat :
ุจูŽู„ูŽู‰ ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุณู’ู„ูŽู…ูŽ ูˆูŽุฌู’ู‡ูŽู‡ู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ู…ูุญู’ุณูู†ูŒ ููŽู„ูŽู‡ู ุฃูŽุฌู’ุฑูู‡ู ุนูู†ู’ุฏูŽ ุฑูŽุจู‘ูู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ุฎูŽูˆู’ููŒ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุง ู‡ูู…ู’ ูŠูŽุญู’ุฒูŽู†ููˆู†ูŽ
bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
ูุฅู†ู‘ูŽ ู„ูู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ุงู„ู’ู…ูุชูŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ู ุดูŽุฑู’ุทูŽูŠู’ู†ู: ุฃูŽุญูŽุฏูู‡ูู…ูŽุง: ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽูƒููˆู†ูŽ ุฎูŽุงู„ูุตู‹ุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุขุฎูŽุฑู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽูƒููˆู†ูŽ ุตูŽูˆูŽุงุจู‹ุง ู…ููˆูŽุงููู‚ู‹ุง ู„ูู„ุดู‘ูŽุฑููŠุนูŽุฉูุŒ ููŽู…ูŽุชูŽู‰ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฎูŽุงู„ูุตู‹ุง ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒูู†ู’ ุตูŽูˆูŽุงุจู‹ุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูุชูŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ู’
Sesungguhnya amalan yang diterima mempunyai dua syarat:
1-Ikhlas hanya kepada Allah.
2-Menepati dengan syariat. 
Jika hanya dengan ikhlas tetapi tidak menepati syarat, maka amalan tersebut tidak diterima.
Bantulah binatang menurut garisan panduan syarak bukannya melalui aqal semata-mata.

Apabila nas diletak belakang dan aqal atau logik dijadikan pegangan, pegangan agama menjadi rosak.
ูˆุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ู‰ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ู ูˆุตูŽุญู’ุจู‡ู ุงู„ุฃูŽูƒู’ุฑูŽู…ููŠู†ูŽ ูˆุงู„ุญู…ุฏู ู„ู„ู‡ ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ุนูŽุงู„ูู…ูŠู†ูŽ
INTAHA โน
ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽุนู’ู„ูŽู… 
Pusat Talaqqi Batu Rakit 

fb.com/PTBR.Offical

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleNasib Anak Haramย 
Next articleWang Haram Balak Kelantan?ย 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com