Majoriti negara-negara di benua Afrika berada di bawah paras kemiskinan tegar. Tetapi mereka harus berjuang untuk meneruskan kehidupan. Dahulunya negara seperti Sudan, Kenya, Somalia, Ethiopia adalah sebuah lembah yang aman dan subur. Di sinilah terletaknya tamadun kerajaan Habsyah yang pernah menyambut kedatangan sahabat hijrah pertama di zaman Rasulullah SAW.

Namun negara-negara itu tak pernah sunyi daripada pergaduhan, perang saudara, bencana alam dan perubahan iklim melampau. Akibat perubahan iklim dan krisis perang saudara yang tidak berkesudahan antara mereka, rakyat menjadi mangsa.

Krisis Kemanusiaan

UNHCR melaporkan terdapat lebih 573,508 pelarian dari Kenya, Somalia, Selatan Sudan dan Ethiopia dll berada di Kenya. Ramai yang memerlukan bantuan. Sumber bekalan makanan, air bersih dan kemudahan asas terjejas teruk. Ini menyebabkan mereka menderita kelaparan dan kebuluran. Apatah lagi ketika musim panas yang memeritkan. Purata hujan setahun hanya 8 hari. Pokok-pokok kering dan tanaman sukar untuk ditanam. Rumput gersang, semua kering kontang.

Kesannya, ratusan ribu nyawa tak bersalah telah terkorban, akibat dari serangan, kebuluran dan juga jangkitan penyakit. Anak-anak pula tiada peluang untuk belajar dan mendapatkan pendidikan yang sempurna. Tiada sistem pengajian yang teratur bagi membangunkan kehidupan sakhsiyah mereka. Menyedihkan lagi, mereka menggunakan papan lapis dan kulit bintang untuk menulis, membaca semula serta menghafal ayat-ayat Al Qur’an.

Sebagai insan yang mempunyai nilai simpati dan empati, kita tidak mampu melihat saudara-saudara kita yang sedang dihimpit sejuta derita dibiarkan begitu saja. Warga Cakna menganjurkan Program “Garissa Refugee Aid Mission” yang akan membantu pelarian yang sedang bermastautin di Garissa Kenya.

Apabila berlakunya kesusahan yang sedemikian maka mereka berada dalam keadaan yang serba kedhaifan. Bagi kanak-kanak ramai yang ditimpa penyakit akibat tidak mendapat sumber air yang bersih, tiada makanan yang berzat dan penjagaan kesihatan yang tidak optima.

Melalui kempen ini Warga Cakna telah merancang untuk memberi kebahagiaan kepada mereka melalui beberapa jenis bantuan.

Antaranya:

– Bantuan Bakul Makanan asas seperti tepung jagung, tepung gandum, gula, beras, minyak, dan teh. Bantuan ini bagi mengelakkan mereka terputus bekalan makanan sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan.
– Sumbangan Waqaf naskah Al-Qur’an adalah antara yang dinantikan oleh mereka terutama sekali sekolah-sekolah pengajian Al-Qur’an yang dibina oleh mereka. Selama ini mereka menggunakan papan selit untuk menulis dan membaca Al-Quran.
– Skim Aqiqah yang akan kita agihkan daging-daging aqiqah kepada mereka sepanjang kehadiran Team Warga Cakna nanti.
– Skim Qurban yang akan dilaksanakan semasa musim haji 1444H nanti. Team Cakna Qurban akan sendiri ke sana bagi menunaikan amanah yang diberikan.

Kenapa kita perlu turut serta menjayakan Kempen “Garissa Refugee Aid Mission”?

Penting untuk kita tahu…

– 233,661 pelarian (41%) berada di Daabab, Garissa Kenya. Garissa adalah satu wilayah sempadan yang berhampiran dengan Somalia, Etiopia, Tanzania dan Selatan Sudan.
– 113,000 Pelarian di Garissa emerlukan bantuan dalam pelbagai sudut.
– 13,067 (15%) Pelarian yang CELIK HURUF. Selebihnya 85% mereka tidak ada taraf akedemik yang sepatutnya.
– 14,831 Kanak-kanak berumur <5 tahun TIDAK CUKUP Zat makanan yang seimbang – 162,501 (8%) sahaja mendapat bantuan air bersih UNICEF.

Dapatkan maklumat terperinci di sini. https://wargacakna.org/garissa-refugee-aid-mission/

Melihat kepada data dan fakta ini, kami di Warga Cakna ingin mengajak anda semua untuk bersama kami dalam misi membantu dan membahagiakan kehidupan mereka.

Apakah perancangan yang kami ingin jayakan

– MISI PERTAMA: Misi Food Pack, Waqaf Al Quran dan Agihan Daging Aqiqah akan berada di Garissa Kenya pada 12 – 15 MEI 2023. Borang permohonan https://wargacakna.org/garissa-refugee-aid-mission/

– MISI KEDUA: IBADAH QURBAN – Bersama dengan program ibadah Qurban, pasukan dari Warga Cakna akan ke Garissa Kenya pada 26 Jun – 2 Julai 2023. Borang Permohonan https://wargacakna.org/borang-mohon-qurban-2023/

Pengalaman lepas Warga Cakna sejak tahun 2018 lagi menghantar sumbangan dalam bentuk melaksanakan ibadah Qurban, Aqiqah, Waqaf Al qur’an dan Bakul Makanan kepada pelarian di Garissa Kenya ini. Boleh lihat kad laporan yang telah dicapai sehingga kini. Ayuh saudara-saudari sekalian, kita hulurkan bantuan untuk meringankan beban dan derita mereka. Kita ukirkan senyuman dan hadirkan kebahagiaan ke dalam diri mereka. Kerana kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan kita bersama.

Semoga dengan sedikit usaha yang dilakukan oleh Warga Cakna dan dari kita yang mewah ini, setidak-tidaknya para pelarian dapat menguntum senyum.

 

“Fastabiqul Khairaat” #UkirSenyumanBersama

Dr Suhazeli bin Abdullah Pengarah Program

Untuk sertai>>> Klik Sini: https://wargacakna.org/

SILA SHARE KE GROUP KELUARGA, ALUMNI DAN LAIN-LAIN
Jazakumullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleWANITA DAN LELAKI SEJATI KANADA TERANCAM
Next articleVape akan di seludup
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com