Sketsa di Pusat Pemberian Vaksin

P: Dr saya tak mboh (tak nak) cucuk vaksin dos 2 ni.

D: Apasal?

P: Saya dengar satu audio mengatakan bahawa vaksin itu bahaya. Terutamanya vaksin baru Pfizer, kerana dia mengeluarkan ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐˜๐—ฒ๐—ถ๐—ป yang tak dak butang tutup. Pembentukan duri protein itu akan berkali-kali ganda tanpa henti sehingga boleh menyebabkan tersumbat di dalam badan dan akhir sekali akan timbul penyakit lain dalam diri kita serta boleh bawa maut. Ramai yang akan mati.

D: Pakar mana yang kata tu?

P: Dalam wasap dan audio tu kata dia pakar kromosom ribosom dari Sabah. Memang bidang dia bab ni. Doktor tak dak terima ke wasap tu?

D: Oh yang tu ka…saya dah terima. Dia cenggini bang, Saya bukan nak burukkan peribadi seseorang, tetapi apa yang dia cakap tu tak betul. Kat mana rujukan dia? Dia duk cari dari Google dan YouTube antivaksin barat yang juga duduk menipu berkaitan dengan isu ini. Awal pandemik COVID-19 dalam negara dulu, kumpulan mereka juga dakwa COVID-19 itu plandemik dan agenda jahat dari perubatan moden. Habis babak tu, keluar pula isu vaksin bahaya pulak. Kita memang tahu, sebelum dari ini mereka juga memang banyak duduk melawan arus perubatan moden dan memburukkan KKM.

P: Tu dia tuduh ‘๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ protein’ dalam vaksin tu boleh bercambah berganda tanpa ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ผ๐—ณ๐—ณ. Lagu mana pulak?

D: Puak ni macam-macam teori mereka bawa dan imaginasi macam-macam. Menggunakan perkataan ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ protein pun nampak sangat mereka ini terlalu negatif dan skeptikal. Sudah ramai pakar yang explain benda ni. Vaksin mRNA itu selepas dicucuk, telah menjalankan tugas dalam tempoh yang sekejap sahaja antara 10 jam sehingga 72 jam. Kemudian akan dikemuh / buang oleh badan kita, dia tak kekal lama [1]. Spike protein (SP) yang terbentuk hasil translasi dari mRNA itu pun akan ada di dalam badan kita beberapa minggu sehinggalah terbentuk dengan jayanya antibodi [2]. Kemudian ia juga (SP) dikumuhkan. Kalau ikut teori mereka tu, dah lama kami ni jadi zombi. Dulu depa kata 2 bulan 99% mati selepas vaksin, lepas tu teori tak menjadi, naikkan ke 5 bulan jangka mereka. Lepas 5 bulan, elok je jutaan orang yang dah vaksin. Depa buat teori selama 2 tahun pulak. Macam-macam la.

P: Habis tu kenapa lepas cucuk ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ doktor?

D: Bab lapar selepas vaksin tu salah satu dari kesan sampingan ringan. Kami tak pernah nafikan pun terdapat kesan sampingan termasuk lapar, dahaga, sakit tempat cucuk, lenguh lengan, demam dan lain-lain. Bahkan kajian-kajian mendapati bukan sahaja lapar tetapi dahaga dan ada yang kurang selera makan. Satu kajian dari Renuka kata 5.73% pesakit membuat aduan mereka kurang selera makan, 1.12% mengadu dahaga dan 0.87% bertambah selera makan [3]. Dengan kata lain 573 orang dari 10,000 yang disuntik vaksin ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ makan, 87 orang dari 10,000 orang disuntik ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ makan. Selalu lapar. Tidak semua orang mempunyai kesan sama. Hasil kajian tersebut juga mendapati kesan sampingan berkenaan adalah ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ dan ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ mendatangkan ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ pun. Janganlah pulak duk karut buat teori akibat tindakbalas mRNA yang nak masuk ke sel menggunakan tenaga itu menyebabkan kita lapar selepas vaksin.

P: Kenapa jadi lapar atau tak lalu makan tu doktor?

D: Wallahua’lam. Saya pun ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚ mekanisma detail. ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ ๐—ž๐—ฟ๐—ผ๐—บ๐—ผ๐˜€๐—ผ๐—บ tu dah buat kajian dalam makmal dia, minta tolonglah buat penulisan berilmiah. Nyatakan metodologi kajian dan persembahkan kepada pihak berautoriti universiti atau seumpamanya. Kemudian hantar lah ke jurnal untuk kita semua baca dan buat peer review. Kalau setakat buat andaian, ramai boleh sembang.

P: Satu lagi doktor, dalam video lain seorang ustaz kata itulah dajjal yang disebar melalui vaksin. Seluruh manusia akan lapar dan sembah dajjal.

D: Astaghfirullahalazim, betul ke dajjal masuk menyelitkan dalam vaksin? Saya tak pandai bab ni. Apa yang saya tahu dajjal tu seseorang yang akan muncul di akhir zaman. Saya yakin, sebab itulah akidah kita. Nak huraian lanjut, boleh tanya alim ulama.

Err…Nak cucuk ke tak nak ni?

P: Okay doktor, puas hati. Jom cucuk dos 2.

Suhazeli Abdullah

26.8.2021

Tengkawang

Rujukan:

[1] Nebraska Medicine. Feb 2021. https://www.nebraskamed.com/COVID/where-mrna-vaccines-and-spike-proteins-go

[2] Ini Sains Beb. Mekanisma Vaksin COVID-19. Jan 8, 2021. https://www.facebook.com/615923662100226/posts/1342640509428534/?d=n

[3] Renuka A.K. Kadali, Ravali Janagama, Sharanya Peruru, Srikrishna V. Malayala, Side effects of BNT162b2 mRNA COVID-19 vaccine: A randomized, cross-sectional study with detailed self-reported symptoms from healthcare workers, International Journal of Infectious Diseases, Volume 106, 2021, Pages 376-381, https://doi.org/10.1016/j.ijid.2021.04.047.

(https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1201971221003581)

Artikel dari Ini Sains Beb

BENARKAH mRNA DALAM VAKSIN AKAN MENGHASILKAN PROTEIN SPIKE SELAMA-LAMANYA?

Ramai juga bertanya soalan di atas. Bila vaksin mRNA seperti Comirnaty (Vaksin Pfizer) disuntik kedalam tubuh, kemana mRNA tersebut pergi? Berapa lama duduk dalam tubuh kita? Lepastu jadi apa? Masuk ubah genetic kita ke?

APAKAH mRNA?

mRNA hanyalah secebis kod yang terdiri dari jujukan (rantaian) nukleotida pendek yang mengekodkan protein. Dalam vaksin mRNA, ia mengekodkan protein Spike. Hanya protein Spike sahaja. Bukan keseluruhan virus.

KEMANA mRNA INI PERGI SELEPAS DISUNTIK MASUK KEDALAM TUBUH KITA?

Vaksin mRNA disuntik kedalam otot. Selalunya otot dibahu. Kalau nak cocok kat punggung pun boleh. Mintak je (ada berani?)

Jadi, mRNA ini akan memasuki sel-sel disekitar otot tempat suntikan sahaja. Ada juga mungkin dibawa ke nodus limfa (lymph nodes) terdekat. Disini, protein Spike akan dihasilkan.

BAGAIMANA PROTEIN SPIKE DIHASILKAN?

Jujukan mRNA ini akan diterjemah oleh protein yang namanya RIBOSOME. Tugasnya? Membaca kod yang dibawa mRNA dan menterjemahkannya menjadi jujukan asid-asid amino protein SPIKE.

Protein Spike yang dihasilkan akan dikenal oleh sel imun tubuh dan berlakulah penghasilan antibodi.

SELEPAS ITU APA BERLAKU PADA mRNA TERSEBUT?

Struktur mRNA ini terdiri cap, jujukan mRNA yang mengekod Spike dan hujungnya ada jujukan nukleotida ADENOSINE yang berulang-ulang digelar โ€˜POLY-A TAILโ€™.

Cap dan Poly-A tail ini fungsinya memelihara mRNA dari dimusnahkan oleh enzim pemusnah mRNA. Nama enzim ini RIBONUCLEASE. Tetapi, apabila mRNA diterjemah oleh ribosome, struktur poly-A tail tersebut akan memendek dan menyebabkan mRNA mudah dimusnahkan oleh enzim pemusnah ribonuclease.

Jadi, selepas protein Spike dihasilkan. Memang tamatlah riwayat mRNA vaksin kita kerana dihambat dan dicincang-cincang ribonuclease. Jangka hayatnya hanya beberapa jam sahaja dalam tubuh selepas kita disuntik dengannya.

Tak betul lah hikayat yang mengatakan mRNA akan menghasilkan Spike seumur hayat kita!

APA PULA NASIB PROTEIN SPIKE?

Protein Spike ini akan berada dalam tubuh kita selama beberapa minggu. Sama seperti hayat protein-protein lain dalam tubuh kita. Ia akan musnah juga. Aterrโ€ฆ rambut kita yang dibelai-belai, dipomade segala tu pun mati dan gugurโ€ฆ yeop! (P/s: rambut pun sejenis protein juga)

Dah mRNA musnah. Protein Spike pun musnah juga. Apa yang tinggal?

Sel T dan Sel B memori yang menyimpan maklumat protein Spike bagi menghasilkan antibody dan Sel T pemusnah yang akan melawan jangkitan Covid-19.

Tak usah percaya dakwa dakwi yang kata boleh ubah genetic bagai. Sebab, mRNA ni dah ada kod yang tak membolehkannya memasuki nucleus. Kalau tak boleh masuk nucleus, tak boleh ubah genetic. Sebab? Kromosom kita yang ada segala maklumat genetic tu hanya duduk dalam nukleus sel.

Tak payah ada PhD in Chromosome pun boleh fikir logiknya, kan?!

#inisainsbeb #cisplatin #azarimy

RUJUKAN

Tenchov R, Bird R, Curtze AE, Zhou Q. Lipid Nanoparticlesโ€”From Liposomes to mRNA Vaccine Delivery, a Landscape of Research Diversity and Advancement. ACS nano. 2021 Jun 28.

Kowalzik F, Schreiner D, Jensen C, Teschner D, Gehring S, Zepp F. mRNA-Based Vaccines. Vaccines. 2021 Apr;9(4):390.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1502855903406993&id=615923662100226

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePerangai Maknga
Next articleVaksin AstraZeneca ada Babi?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com