Nak respons sikit bab testimoni seseorang kononnya diangkat sebagai doktor pakar oleh antivaksin.

Beliau bercerita mengenai ubat yang tak terbukti secara definitif, laju je antivaksin kongsi. Sebelum ini semua berteriak ubat hospital tu racun dan banyak bahan kimia. Tetiba Ivermectin yang hanya lulus untuk kegunaan haiwan pula diangkat tinggi.

Lagi pun yang buat tulis cerita sembuh dari C19 itu pun bukan pakar. Saya cari dalam database National Specialist Register, tak ada rekod. Tapi bukan isunya pun. Pakar atau tidak sama sahaja dengan syarat ianya perlu dibaut melalui metodologi kajian. Kalau sendiri baut tentimoni, ramailah boleh dakawa bagai.

Kawan saya dan isteri juga baru sembuh dari C19. Mereka berdua tak ambik pun IVM atau Vitamin C. Boleh aje dia mendakwa kerana mereka amalkan makan nasi dagang Terengganu setiap hari, maka ujian swab test negatif. Sebab amalan dia tiap hari makan nasi dagang di pusat kuarantin.

Sekali lagi, testimoni bukan boleh diangkat sebagai bukti tertinggi dalam pendakawaan mengubati sesuatu penyakit. Saya yakin kalau doktor berkenaan itu tak makan IVM atau Vitamin C pun, beliau akan sembuh. Beliau bernasib baik tidak termasuk dalam kategori 3, 4, 5! Mungkin tiada penyakit-penyakit kronik lain.

Apa pun kita tunggulah dulu hasil kajian yang lebih konklusif sedang berjalan sekarang. Saya dah ulas beberapa fakta kajian berkaitan dengan IVM: https://www.facebook.com/546572572048737/posts/3845065755532719/?d=N

Vaksin yang telah terbukti berkesan tu tak nak pulak. Cekadak banyak pula alasan lain.

DrS

24.5.2021

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleAntibody Dependent Enhancement Selepas Vaksin COVID-19?
Next article33 Kematian selepas Vaksin di Norway
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com