Darah Bekam Selepas Vaksin
๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐บ ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ ๐ฉ๐ฎ๐ธ๐๐ถ๐ป
Warana darah yang keluar selepas vaksin TIDAK dipengaruhi oleh JENIS vaksin. Akan tetapi ia bergantung kepada individu berkenaan itu sendiri, samada vaksin atau tidak vaksin.
Darah yang keluar dari kulit kita akan membeku mengikut masa yang tertentu. Samada warna cerah atau pekat kehitaman, berbeza-beza. Namun kebanyakan manusia adalah sama.
Contohnya orang yang mengalami anemia (Hemoglobin sel darah merah rendah); darah mereka akan nampak lebih cerah, cair dan berplasma. Sekali imbas nampak bernanah. Bagi yang berpenyakit Polycytemia pula, darah mereka kelihatan pekat dan kurangnya plasma.
Jangan mudah terkeliru dengan pihak tertentu yang membuat testimoni keadaan darah bekam selepas vaksin.
Untuk pengetahuan ilmiah anda juga, vaksin dicucuk ke dalam otot bahu, bukannya bawah kulit. Sedangkan darah yang keluar dari bekam adalah darah bawah kulit sahaja (dermis dan epidermis).
Kami nasihatkan jangan berbekam ditempat suntikan vaksin. Kemungkinan akan menyebabkan kesan sampingan makin teruk seperti bengkak, radang, ruam kemerahan, kesakitan tempat cucuk dan jangkitan kuman lain jika tidak dijaga kebersihan bekas luka bekam.
Kalau nak bekam juga, boleh ditempat lain.
Suhazeli Abdullah
23.8.2021
Tengkawang
Rujukan: https://curaco.com.au/blogs/news/can-hijama-wet-cupping-remove-the-covid-vaccine
