Penjelasan Isu Forum di Pondok Pak Teh, Perak

Forum kali ini adalah program ke 5 saya menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan vaksin di sekolah/pondok agama. Pertama di Pondok Laklok Besut, kedua Sekolah Agama Pinang Merah Paka, ketiga Madrasah An Nur Al Aslamiah Pendang Kedah, ke empat adalah Sekolah Darul Taqwa Rusila dan terakhir di Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu. . Jutaan terima kasih kepada […]

Hukum Harus, Wajib Vs Akta Wajib Vaksin

Sekurang-kurangnya dua badan berwibawa meletakkan status kenyataan maya berkaitan HUKUM mengambil vaksin. Pernyataan awal oleh SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan dalam Bayan Linnas ke-166 yang menyatakan bahawa mengambil vaksin MENGIKUT JADUAL IMUNISASI KEBANGSAAN adalah WAJIB.[1] Manakala Bahagian Dakwah, Jakim mengambil sumber yang sama Bayan Linnas SS Datuk Mufti Wilayah itu dengan membuat topik umum VAKSIN […]

AENFI di Filipina

Tidak rasa bimbang ke kita apabila berlaku wabak seperti di Filipina dan Selatan Thai? Jumlah kematian meningkat kepada 136 orang sejak berlakuknya wabak di Metro Manila, Luzon dan Visayas.[1] . Punca dikenal pasti adalah terdapat golongan yang menakut-nakutkan rakyat untuk mevaksinkan anak-anak mereka. Alasan yang selalu mereka berikan adalah kesan sampingan. Tetapi mereka lupa kesan […]

Akta Wajib Vaksin

Pihak yang menolak vaksin mendakwa bahawa mereka mempunyai “hak” sebagai ibubapa ke atas anak mereka, menentukan samada anak mereka dan diri mereka sendiri divaksin atau tidak. Ini adalah tidak benar. Dari sudut undang-undang, menurut Akta 342 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Bahagian IV, Artikel 11, Subseksyen 3, 4 dan 5 menyebut, (3) Selama berkuatkuasanya […]

Bahaya Aluminium dalam Vaksin?

Seorang netizen antivaksin mempersoalkan kenapa KKM tidak menggunapakai peraturan yang digunakan dalam akta USECHH 2000 mengenai had bahaya aluminium apabila terdedah kepada tubuh. Adakah kami juga hairan dosh malaysia tak buat kenyataan bantah? Aluminium dalam vaksin berbeza dengan aluminium dalam persekitaran seperti yang dinyatakan dalam akta DOSH. Nama pun DOSH (Department of Occupation Safety and […]

Sejarah Hitam Tercatat Akibat Lantik Vaksin-skeptik Sebagai Pemimpin

Semoga sejarah ini diambil iktibar seluruh dunia apabila kerajaan baharu Italy memecat pakar-pakar yang membuat polisi kesihatan negara.[1] Gerakan antivaksin dinegara terbabit terlalu kuat mendesak sehingga memberikan tekanan kepada ahli-ahli politik yang bertanding untuk memerintah Italy. Kempen-kempen pilihanraya Umum di Italy sebelum 4 Mac 2018 lalu termuat janji-janji yang ingin mengkaji semula polisi kerajaan semasa […]

Dr Riko Muranaka Pejuang Vaksinasi di Jepun

Oleh : Dr Amirul Amzar. BAGAIMANA ANTIVAKSIN MEROSAKKAN NEGARAKenal kah anda seorang doktor dari Jepun, Dr Riko Muranaka?Beliau adalah… Posted by Amirul Amzar on Friday, December 28, 2018 Kenal kah anda seorang doktor dari Jepun, Dr Riko Muranaka? Beliau adalah pemenang hadiah global John Maddox Prize for Standing up for Science pada tahun 2017. Kemenangan beliau […]

Vaksin itu Pilihan atau Wajib

Memang tidak dapat disangkal bukan semua asatizah memahami situasi semasa. Lantas meletakkan hukum berdasarkan kefahaman yang dia perolehi semasa itu. Saya lihat beberapa video disebarkan kuliah oleh para asatizah berkenaan vaksin bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia.[1] Semoga Allah merahmati mereka dan merahmati kita semua dalam kehidupan di dunia ini. Pandangan individu oleh […]

Vaksin Konspirasi Yahudi?

Antara hujah paling kerap segelintir dari orang Islam di negara kita adalah vaksin itu dari Yahudi. Yahudi memang jahat dan vaksin akan digunakan untuk membunuh ummat. Saya bukan nak pertahankan kezaliman Israel, tetapi ingin memaklumkan bahawa vaksin itu tiada kaitan pun dengan konspirasi Yahudi. Dan lihat apa yang berlaku? Negara Yahudi Israel juga bergelut dengan […]

Vaksin adalah Penawar Ikhtiar Kawal Wabak

Kita agak skeptikal dengan pandangan sesetengah pihak bahawa tidak perlu guna vaksin pun untuk menyekat wabak penyakit berjangkit seperti demam campak yang menular sekarang. Mereka asyik pertahankan rawatan alternatif boleh menyekat gejala wabak yang berlaku tanpa menyebut secara spesifik apakah rawatan tersebut. Antara alasan yang mereka selalu jawab adalah penyakit itu Allah yang turunkan, maka […]

Penjelasan Sdr Rahman Baco Isu Vaksin Haram

Terima kasih Sdr Rahman Baco yang buat penjelasan. Buku beliau itu saya dapat hadiah dari seorang pesakit yang menolak semua kaedah perubatan moden termasuk vaksin. Apabila beliau hadir diklinik, hanya untuk buat pemeriksaan tekanan darah, gula dll sahaja. Namun saya beri cadangan untuk beliau makan ubat atas penyakit yang beliau hadapi, ditolak nya. Berlaku beberapa […]

Tahnik dan Vaksin

Vaksin MR Haram?

Isu yang sengaja dibangkitkan oleh golongan penentang vaksin MR (Measles dan Rubella) di Indonesia mula merebak ke negara Malaysia. Kisahnya, Kerajaan Indonesia telah memulakan pemberian vaksin MR terhadap anak-anak mereka sejak sekian lama.[1] Sebanyak 57.8 juta dos vaksin itu telah berjaya diberikan di 7 wilayah Tanah Jawa. pengumuman terbaharu kerajaan untuk meluaskan imunisasi terhadap lebih […]

Konspirasi Vaksin Pembunuh

Kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan 2 orang sukarelawan kesihatan yang menjadi petugas pemberian vaksin di Pakistan.[1] Pembunuhan terbaharu ini adalah salah satu siri pembunuhan akibat doktrinasi dan teori konspirasi yang diterap dikalangan masyarakat sana. Mereka menuduh pemberian vaksin itu sebagai agenda barat, Freemason dan kejahatan zionis dalam menghapuskan musuh mereka. . Pakistan adalah salah satu dari […]

Antivaksin Cemarkan Kesucian Islam

Islam dipandang Hina Akibat Gerakan anti Vaksin . Kejadian wabak Difteria yang berlaku di negara jiran ketika ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua. Laporan dari Kementerian Kesihatan Indonesia menyatakan sehingga kini lebih 939 kes positif kuman berbahaya Difteria dan 44 kes kematian. Kuman Corynebacterium diphtheriae amat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian. Di negara kita, […]

Aluminiun dan Vitamin K dalam Vaksin

Saya tertarik dengan kebimbangan para ibubapa yang menghalang suntikan vitamin K kepada anak-anak mereka. Antara hujah yang mereka mengatakan bahwa Vit K itu mengandungi logam berat Aluminium. Seratus mikrogram Aluminium yang dimasukkan sebagai bahan pengukuh Vit K digembar-gemburkan oleh golongan penentang vaksin sebagai merbahaya. Boleh membawa kecacatan bayi dan kematian. Ibubapa yang bersetuju dengan suntikan […]

Kuliah Maghrib Antara Fakta atau Auta? 

Kuliah Maghrib Khas Masjid Pinang Merah, 5hb Nov 2017. Catatan oleh: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1678107075542715&id=100000303155013 1. Dalam sesuatu perkara, kita hendaklah bertanya kpd ahli. Dalam perkara agama, bertanyalah kpd para alim ulama, bagi isu perubatan, tanyalah kpd yg arif dlm perubatan, pegawai perubatan yg bertauliah. 2. Sistem penghadhaman manusia, x sama dgn sistem perkumuhan. Benar dlm badan manusia […]

Kepak Ayam Cucuk Hormon & Vaksin 

​KEPAK AYAM CUCUK VAKSIN . “Doktor, ada orang duk sebar makan chicken wing dan tengkoknya bahaya. Kata depa, boleh menyebabkan kanser dan sista kepada wanita.” Tanya seorang pesakit semasa sesi klinik. . “Apasal pulak kak? Jika tak mboh kepak ayam tu, bawa mari ssini lah, saya nak makan. Ruginya rezeki Allah beri.. ” Jawabku ringkas. […]

Vaksin Rotavirus Halal atau Tidak?

*#Vaksin_Rotavirus_Halal_atau_tidak?* Vaksin rotavirus digunakan bagi mencegah kes jangkitan Virus Rota (Rotavirus) yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak. Sejarah tercatat bahawa virus ini adalah punca utama terjadinya cirit birit di kalangan kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah. Kebanyakannya kejadian tersebut berlaku di negara-negara yang sedang membangun. Cerapan statistik menunjukkan keseriusan jangkitan ini, […]

Gadis Yahudi yang Cantik 

*#Kenapa_Gadis_Yahudi_Cantik?* .  Tersebar satu tulisan di media sosial bahawa anak gadis dan wanita Yahudi berlengan cantik tanpa parut akibat vaksin BCG. Begitu juga dimomokkan dengan penggunaan flourida, vaksin, panadol adalah agenda yahudi bernama Rockefeller. Orang Yahudi juga terlalu hebat, sihat dan bijak, tiada demam kerana menolak pengambilan ubatan kimia ini seperti vaksin dan pelbagai ubatan […]