MITOS MITOS BERKAITAN COVID-19

🧐Berjemur di cuaca panas boleh merawat COVID-19 Terdapat beberapa tuntutan yang mengatakan virus COVID-19 mati pada suhu tinggi. Walaupun pernyataan ini mempunyai asas, ini tidak bermaksud berjemur di tengah panas boleh menyembuhkan pesakit yang dijangkiti COVID-19. Selain itu, pakar menjangkakan peranan iklim dan suhu sesuatu negara tidak memberi impak dalam penularan virus ini. Amalkan langkah […]

TB Akibat Jin

Penyakit TB itu sejenis penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan pesakit batuk, demam dan kurang selera makan. Jika tidak dirawat penyakit ini boleh membawa maut. Sebelum penemuan antibiotik, Tb membawa kematian seorang dari 7 penduduk dunia. Penyakit ini sebenarnya sudah wujud sejak sekian lama, cuma kuman tersebut tidak dapat dikenal pasti secara sahih. Mereka tahun bahawa […]

Gelembung Putih Pada Daging

Minggu ini tersebar secara meluas gambar daging yang mempunyai gelembung berwarna putih. Katanya daging berkenaan telah dijangkiti oleh kuman Tuberculosis Bovis, sejenis kuman yang disamakan dengan penyakit Tuberkulosis dikalangan manusia. Setelah saya selidiki dengan rakan² doktor veterinar, maklumat berkenaan adalah tidak tepat. Tuberkulosis Bovis yang menjangkiti haiwan terlalu sukar tumbuh didaging atau tulang. Tuberkulosis Bovis […]

Telur Ikan Beracun

Sehari dua ini viral satu gambar telur ikan yang katanya amat bahaya. Kononnya lagi, ikan-ikan tersebut memakan racun dan terjadi tumor kanser dari ikan, dari logam berat. Memakannya akan mengakibatkan bahaya dan penyebabkan ABK Tipe Autistic. Baik, mari kita siasat lanjut adakah benar perkara ini? Gambar viral ini mula disebarkan sejak 2017 di ruang maya […]

7 Sebab Penyakit dibawa oleh Warga Asing?

PEKERJA ASING PUNCA PENYAKIT ? . Saya terbaca satu tulisan seorang doktor perubatan yang rungsing dengan lambakan pekerja asing dalam negara kita. Tambah beliau, pekerja asing yang membuat pemeriksaan kesihatan tidak melepasi tahap kesihatan sebelum masuk negara kita. Kes yang beliau temui bahawa, beliau cuba diberi rasuah untuk menutup keputusan xray yang telah dilakukan. Pemeriksaan […]

Kuman Bekam

Sedih dengar cerita seorang pesakit yang pernah dijangkiti virus Hepatitis C akibat berbekam. Mungkin ianya satu kes terpencil, tetapi boleh dijadikan iktibar kepada penggemar bekam seluruh dunia. . Kisahnya bermula beliau dihinggapi Hepatitis C. Setelah diselidik tiada sumber lain yang menyebabkan sumber jangkitan kecuali beliau pernah berbekam sebulan sebelum itu. Nasib baik beliau segera dirawat […]

Bell’s Palsy Akibat Aircond? 

Bell’s Palsy Akibat Aircond? . “Betul ke doktor penyakit Bell’s Palsy akibat muka terkena aircond?” Soal seorang kenalan sambil tunjukkan paparan wasap telefon Samsung beliau. Telefon tu sudah bertukar macam-macam warna dan kulit cover pun dah menggelupas dek lamanya beliau guna. Malah saya perasan terlalu kamcingnya beliau dengan telefon tu ‘ibarat aur dengan tebing’. . […]

Virus HIV dalam Tin? 

*#HIV_dalam_Tin* Tersebar dalam dunia maya sejak beberapa tahun lalu isu “komplot” pemimpin Thailand mencemarkan makanan dalam tin dengan darah pesakit HIV. Sebaran maya itu menjadi viral ke semua media termasuk facebook, twitter, blog, wechat, whatsapp dan lain-lain lagi. Kononnya juga tulisan itu menyandarkan Radio 1 FM terlibat dalam pengumuman kerajaan Thai tersebut. . Saya kira […]

Tuberkulosis 

​*#TB* TB bukan bermaksud takut bini tetapi sejenis penyakit bernama tuberkulosis. Ia pula dikategorikan kepada 2 jenis samada TB paru-paru atau bukan paru-paru. Boleh juga dikategorikan kepada TB calit kahak (smear) positif atau calit kahak negatif.  TB ni sejenis penyakit berjangkit. Bergerak dari seorang ke seorang lain melalui udara. Jika kita bergaul rapat dengan pengidap […]

Machupo Virus Tidak Hidup dalam Paracetamol

Tersebar awal pagi ini satu mesej tular berkaitan sejenis virus berrnama “Machupo”. Kononnya doktor mengesahkan virus tersebut terdapat dalam ubat paracetamol P/500 mg. Mesej yang tidak bertanggungjawab itu bersandarkan nama Tuhan untuk meyakinkan lagi sebaran. Virus Machupo memang wujud, tetapi bukan bawaan melalui *ubat tablet paracetamol*.[1] Virus berkenaan boleh merebak melalui kencing atau najis tikus yang […]

Virus HIV dalam Tuala Wanita? 

Mesej yang disebarkan: _ASTAGFIRULLAH KEJAM….!!! VIRUS AIDS disetiap pembalut wanita. Produk tersebut ditulis: “Made in Kingdom of Saudi Arabia” Namun Sebenarnya Produk Israel,! ((Sebarkan Agar Banyak Yang Tau))_ _Pakarherbalis.com-Khususnya Buat Para Wanita””Berhati-Hatilah””Dan Jika Memang Anda Pria Sejati Sampaikan Ke-Wanita Di Sekitar Anda…Agar Tak Terjadi Hal Yang Tidak Di Inginkan..!!! Tolong Di SHARE yaa Agar Banyak […]