“Ustaz doktor, betul ke kita tak boleh ambil gambar selepas tawaf wida?” Tanya seorang petugas mahu kepastian. “Ya” jawab ku ringkas setelah mentelaah beberapa artikel dan bertanyakan petugas bimbingan ibadah haji.

makam ibrahimPerkara ini baru sahaja diputuskan dalam muzakarah haji Peringkat Kebangsaan kali ke 27 baru-baru ini. Salah satu dari 11 resolusi yang telah diputuskan adalah mengambil gambar selepas tawaf Wida. Kita sebenarnya lupa dan alpha niat sebenar tawaf wida yang wajib dijalankan. Sehinggakan membuat sesuatu ibadah itu secara sambil lewa atau hanya ingin berseronok. Ditambahi pula dengan kecanggihan teknologi masa kini. sepanjang masa gajet seperti kamera atau telefon pintar melekat di tubuh. Secara tidak sengaja atau jahil dalam hukum ini, maka beratus-ratus gambar telah diambil dengan pelbagai “posing”.

Berikut adalah salinan dari artikel yang didapati hasil dari keputusan muzakarah haji:

Bergambar Selepas Tawaf Wida

Soalan

Perlukah membayar dam sekiranya kita mengambil gambar selepas tawaf wida dan adakah sah tawaf wida kita tadi.. Mohon pencerahan . Jazakallah.

Jawapan

Waalaikumusalam,

Para  Jemaah haji dan umrah dilarang mengambil gambar di sekitar Tanah Haram, Makkah, selepas melakukan tawaf widak (tawaf selamat tinggal). Ini  kerana ia boleh membatalkan tawaf itu dan menyebabkan ibadat yang dilakukan tidak sempurna.
Persoalan berhubung perbuatan mengambil gambar selepas tawaf widak itu dikemukakan pembimbing ibadat haji pada Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-27 kerana ada jemaah yang musykil sama ada perbuatan itu boleh memberi kesan kepada ibadat mereka atau sebaliknya. Susulan itu, larangan tersebut disenaraikan sebagai antara 11 resolusi pada muzakarah yang dihadiri ulama, tokoh agama dan pembimbing ibadat haji di Pulau Pinang pada Februari lalu.
Mantan Pengurus Besar Bimbingan Tabung Haji, Datuk Daud Che Ngah, berkata mengikut hukum, tawaf widak adalah langkah terakhir sebelum jemaah meninggalkan Masjidil Haram.
‘Selepas tawaf widak, jemaah hanya boleh melakukan solat sunat, mengucup Hajar Aswad dan berdoa, jadi mengambil gambar boleh menyebabkan tawaf widak jemaah terbatal dan wajib melakukannya semula atau membayar dam,’ katanya.
‘ walaupun ibadat sah, jemaah berdosa kerana melanggar hukum syarak.’ tambahnya
‘ Justeru adalah menjadi tanggungjawab memaklumkan jemaah mengenai larangan ini bagi mengelak mereka melanggar hukum syarak hingga wajib melakukan tawaf widak semula,’

Dalam masa yang sama, Pembimbing Ibadat Haji,Ustaz Sapawi Che Mat, berkata larangan itu sememangnya wajar kerana tindakan mengambil gambar selepas tawaf wida tiada kaitan dengan urusan ibadat.

“Malah, jemaah juga dianggap melengahkan perjalanan pulang,” katanya.

Beliau yang juga penceramah bebas, berkata resolusi yang disenaraikan itu wajar disebarkan untuk manfaat jemaah haji dan umrah negara ini bagi mengelak melakukan perbuatan yang dilarang hukum syarak.

Penerangan berikut adalah bayaran DAM yang perlu dilunaskan dalam kategori kesalahan ini.

1. Berdosa tapi tidak dikenakan Dam: Orang yang meninggalkan dengan sengaja lagi tahu hukum wajibnya.Kemudian belum sampai 2 Marhalah ia berpatah balik dan melakukan Tawaf, berpatah balik itu menggugurkan dam tetapi tiada menggugurkan dosa.
2. Berdosa dan wajib bayar Dam: Meninggalkan dengan sengaja tanpa uzur Syar`ie.
3. Jika jahil atau terlupa:Dikenakan Dam dan tidak berdosa.

Bayaran Dam tertib takdir ini

Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak (takdir)

Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti. Di mana jemaah yang meninggalkan tawaf wida’ hendaklah menyembelih seekor kambing  Sekira tidak mampu, Berpuasa 10 hari berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari di tempat masing masing.

Sumber berita:
1. Dilarang mengambil gambar selepas tawaf wida.

2. Dam

3. Tawaf Wada

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleMembalut kawasan Sakit semasa Ihram Haji/Umrah
Next articleDoa Awal dan Akhir Tahun
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com