Q & A Vaksin: Siri 10
Soalan:
Adakah logam berat yang terdapat dalam vaksin memudaratkan tubuh badan?
Jawapan:
Sepanjang sejarah, pemberian vaksin ke atas bayi telah menimbulkan kesan yang tidak memuaskan dikalangan ibubapa. Ianya tidak dapat dinafikan kerana pembuatan vaksin bergantung kepada proses tertentu yang berlaku. Penentangan yang selalu juga ditimbulkan oleh sesetengah golongan adalah kesan sampingan dari pemberian vaksin. Tidak dapat dinafikan setiap bahan asing yang memasuki tubuh, badan kita akan bertindak bagi menyahkan bahan asing itu dari tubuh.
Kebanyakan golongan yang menentang penggunaan vaksin adalah kerana terdapatnya bahan-bahan Alluminium, Merkuri dan logam berat lain. Dakwaan yang menyatakan Garam Aluminium boleh membawa kepada punca penyakit Alzaimer, Dimensia dan sawan adalah tidak benar. Banyak kajian yang membuktikan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar. Ianya teori longgar dan berdasarkan prasangka semata-mata. Vaksin yang diberikan kepada badan manusia hanya sedikit, 0.5 ml. Jumlah tersebut tidak boleh menimbulkan gejala yang memudaratkan seperti dakwaan tersebut. Beberapa kajian pembuktian telah dijalankan yang menolahdakwaan tersebut (lihat rujukan dibawah) Walaupun mungkin ianya wujud, akan tetapi ianya kes terpencil yang tidak boleh dijadikan asas hujah.
Namun ibu-bapa harus diberi penerangan sejelasnya mengenai kepentingan vaskin dan kemungkinan kesan sampingan tertentu. Inilah persetujuan bersama yang diberikan oleh anggota kesihatan kepada pesakit. Bukan sahaja dalam kes imunisasi, tetapi kepada semua ubat-ubatan atau prosedur yang akan dilakukan kepada pesakit. Jika berlaku kesan sampingan, pesakit perlu kembali semula untuk rawatan. Tugas anggota kesihatan pula membuat laporan atas segala kesan sampingan yang timbul tersebut. Sistem pelaporan kesan sampingan ubat telah diperkenalkan di negara ini bagi membolehkan anggota kesihatan untuk mengambil bahagian dalam pemonitoran keselamatan ubat-ubatan dengan cara melaporkan kesan advers yang ditemui.
Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) bertanggungjawab untuk mengumpul semua laporan-laporan kesan advers berkaitan produk farmaseutikal termasuk vaksin selaras dengan Peraturan โ Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 di bawah Akta Jualan Dadah 1952 ( Pindaan 1989) bagi memastikan ianya selamat, berkualiti dan efikasi.
Rujukan
~Nรธkleby Hanne. Neurological adverse events of immunization: experience with an aluminum adjuvanted meningococcal B outer membrane vesicle vaccine. Expert Review of Vaccines. 2007 2007/10/01;6(5):863-9.
~ Society Malaysian Pharmaceutical. Immunisation for the good of all, 2002; MPS. 26-May-2002. http://www.mps.org.my/newsmaster.cfm?&menuid=36&action=view&retrieveid=196
~Paul A. Offit MD. Vaccines and Aluminum
~Vacfacts. Vaccine Facts < http://www.vacfacts.info/> . Accessed 4/4/2014 (Published 2012).
~Stefan Riedel MD. Edward Jenner and the history of smallpox and vaccination . Volume 18: Baylor University Medical Center, Jan 2005:21โ5.
