​FLOURIDA DALAM AIR ; JANGAN MUDAH PANIK! 

Oleh: Dr Ibrahim Shaharuddin 

Baru-baru ini satu mitos yang sering belegar dalam dunia pergigian menjadi perhatian semula.Adakah fluorida dalam minuman dan ubat gigi bahaya kepada kehidupan harian? Pentingkah fluorida dalam bidang pergigian? Ini bukan isu baru,ianya sering dipatahkan oleh fakta-fakta yang di dukung oleh kajian-kajan terkini.
1. Terbaru, National Health and Medical Research Council (NHMRC) telah mengeluarkan satu keputusan mengenai perbalahan ini. Satu analisa dari kajian telah dikumpulkan selama 60 tahun,dan 3000 kajian seluruh dunia – merupakan salah satu kompilasi kajian terbesar hingga ke masa kini.Keputusan dari kajian tersebut mengatakan fluorida dalam minuman TIDAK  menyebabkan cancer atau merendahkan IQ. Kajian ini menyangkal byk kajian2 yang berat sebelah dan menggunakan metadologi yang lemah dah salah semata-mata ingin membuktikan fluorida berbahaya.
2. Bagaimanakah flourida dapat menyelamatkan gigi? Fluorida menukarkan hydroxyapatite pada permukaan gigi kepada fluorhydoxyapatite (remineralization) menyebabkan gigi lebih kuat dan tidak mudah dihakis (demineralization) seterusnya mengurangkan insiden karies gigi atau gigi berlubang.Fluorida juga dapat mengurangkan metabolik aktiviti pada bakteria yang menyebabkan karies gigi dan juga seterusnya menyebabkan kurangnya karies gigi.

3. Air yang ditambah sedikit fluorida (0.5 ppm )seperti di malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dibuktikan berkali-kali berkesan dan efektif dalam mengurangkan insiden karies gigi pada masyarakat.Malahan ia dapat mengurangkan insiden karies gigi sebanyak 25% hingga 44%! Ubat gigi berfluorida pula dapat mengurangkan karies gigi sebanyak 50%. Bayangkan penjimatan dan kesakitan yang dapat dicegah pada kanak-kanak dan juga orang dewasa, dengan hanya meminum air di malaysia dan menggunakan ubat gigi berfluorida.
4. Analogi yang digunakan oleh  U.S department of Health and Human Service pada kandungan fluorida yang mereka gunakan (0.7 milligram per litre air) adalah jika 1 liter air di bentangkan sepanjang 37 kilometer, fluoride yang ditambah hanyalah sepanjang 2.5cm! Jadi dimanakah fobia terhadap ‘keracunan’ flourida ini muncul? Ianya tidak berasas!  
5. Penunggang agama menggunakan hujah penambahan flourida adalah agenda yahudi.Tapi kajian yang dibuat pada miswak atau kayu sugi menunjuknya yang ia juga mengandungi flourida.Yang lebih menarik, apabila miswak direndam dalam air,ia mengeluarkan fluorida dan calcium terlarut pada jumlah yang signifikan dalam melawan karies.Kalau itu pun tidak cukup, satu kajian oleh King Saud Universiti menunjukkan terdapat kandungan fluorida sebnyak 0.72 mg per liter air zam-zam. Berbahayakan air Zam-Zam?
6.  Benar terdapat kes-kes fluorosis pada gigi jika TERLEBIH kandungan fluorida semasa pembentukan gigi dalam rahang.Kerana itulah penting mendapatkan nasihat doktor gigi dan menggunakan ubat gigi berflurida (yang lebih rendah kandungannya dari ubat gigi dewasa) hanya apabila kanak-kanak telah tahu untuk meludah.Juga penting untuk memantau apabila kanak-kanak memberus bagi mengelakkan mereka makan ubat gigi berfluorida dan berperisa.Pada orang dewasa yang telah tumbuh semua gigi pula,fluorosis tidak akan berlaku. 
7. Keracunan flourida memang wujud seperti mana juga keracunan bahan-bahan lain tapi hanya jika diambil berlebihan,dimana TIDAK MUNGKIN dengan hanya meminum air berfluorida yang telah di kawal selia atau memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida.Ingat,oksigen yang secara berlebihan juga boleh membawa maut! 
8. Ada yang menyebarkan nasihat untuk minum, masak dan berkumur hanya menggunakan air yang ditapis penapis air jenama tertentu, ada juga yang menyarankan menggunakan jenama ubat gigi yang spesifik, selepas mereka kongsi atau menulis tentang bahaya fluoride.Yang paling menyedihkan ada juga doktor yang tidak bertanggungjawab dan berkongsi artikel-artikel tentang bahaya fluorida yang membuat masyarakat panik. Nasihat kami dari doktor-doktor pergigian, Hentikanlah menyebarkan ilmu yang salah ini. Hentikanlah membantutkan usaha murni KKM dalam memberi manfaat pada rakyat Malaysia dengan pemfluoridaan air. Hentikanlah menjadi pemankin kepada lebih ramai orang mendapat karies gigi dengan nasihat-nasihat palsu anda!
Sayangilah gigi anda,jumpa doktor gigi dengan berkala untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat-nasihat untuk penjagaan oral yang lebih baik.
Kearah masyarakat yang lebih peka kesihatan oral,
Dr Ibrahim Shahruddin

#Medtweetmy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleKuliah Maghrib Antara Fakta atau Auta? 
Next articleBawang Putih dan Sel Kanser
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com