Kes bayi cacat seperti kepala kecik, tempurung kemek, kaki & tangan terpeleok seperti ni (gambar) amat jarang kita temui. Setahun nak jumpa satu kes pun susah. Tetapi sekali kes kami temui, akan dibincang dalam mesyuarat kematian bayi.


.
Walaupun kita tahu bahawa kes bernama Potter Syndrome ini akhirnya tidak dapat diselamatkan, tetapi beberapa langkah standard yang perlu kita bincang berkaitan dengan pengendalian kes.
.
Namanya Potter, bukan merujuk kepada Harry Potter dalam filem tersohor tu, tetapi nama itu diberi kerana penemu kepada penyakit genetik ini bernama Edith Potter (1946). Penyakit ini mempunyai ciri-ciri seperti wajah yang sepesen, kepala kecik, paru-paru tak berkembang, buah pinggang kecil. Manakala kaki & tangan terpeleok apabila lahir kerana baby berada dalam keadaan air ketuban yang terlalu sedikit semasa dalam kandungan. Logik la, air ketuban akan kering sebab pengeluaran air ketuban tak dapat dijana oleh buah pinggang yang rosak. Kita paling semak apabila antivaksin menyalahkan vaksin Tetanus semasa hamil penyebab kepada kecacatan ini. Tak dak benda lain dah ka nak salahkan? Apa sahaja yang berkaitan dengan kecacatan atau kematian, semuanya AEFI..AEFI..AEFI.
.
Pengendalian kes seperti ini perlu pemerhatian pakar kerana silap langkah semasa proses bersalin akan menyebabkan komplikasi kepada si ibu.
.
Tugasan paling penting bagi kami di klinik kesihatan adalah memberi kaunseling kepada pasangan ayah ibu supaya bertabah menghadapi saat yang paling tragis itu. Tidak semua apa yang kita idamkan atas dunia diperolehi, Allah maha adil dan sudah pasti anak ini adalah anak Syurga. Ganjaran yang tiada siapa boleh menyangkalnya.
.
Sekian pelajaran bab penyakit dari suhazeli.com
fb.com/suhazeli.abdullah
25.12.2019
Kuala Berang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book