Entah bagaimana dan apa sebabnya tiba-tiba aku terlekat untuk terus membaca dan membaca Novel Ayat-ayat cinta. Novel tersebut adalah koleksi bacaan isteriku yang tercinta. Beliaulah sebenarnya peminat novel terutama karangan Faisal Tehrani. Aku sekali sekala membelek novel-novel itu tanpa mendatangkan berahi untuk bertumus membacanya. Tapi, Novel Ayat-ayat cinta (AAC) ini lain. Aku semakin ketagih untuk terus membaca hingga lewat pagi. Adakah persoalan poligami yang menjadi tema AAC? Atau keanggunan peribadi Fahri yang serba sempurna? Bukan setakat novelnya sahaja aku baca yang membangunkan jiwa, tetapi aku terus mencari melalui dailymotion filemnya.
Akan aku persetankan jika ada orang kata seorang pemimpin persatuan dan ketua pejabat gila dengan novel remaja! Kerana novel AAC telah menampakkan sesuatu matlamat jelas yang ingin dibawa kepada pembacanya. Novel Islami alternatif kepada novel-novel cinta yang berlambak dalam pasaran sekarang. Inilah kaedah cinta yang sebenar melalui proses keislaman dan peradabannya. Walau pun filemnya pula mendapat komen yang sinis dari penggiat seni Islam. Di mana filem AAC tidak menjaga adab-adab Islam kerana pelakonya membuka aurat dan adegan Fahri mencium Aisha di malam pertama mereka serta Fahri bercumbuan dengan Maria di atas sofa… Walaubagaimana pun kritik filem ini di jawab oleh
Habiburrahman El-Syirazi dalam satu forum di Singapura. Setelah sekian lama dunia perfileman diulik oleh kemaksiatan dengan tiada adab-adab Islami, sekurang-kurangnya filem AAC cinta ini akan memulakan langkah pembersihan dalam pembikinan filem.
“…semasa zaman Rasulullah sebelum hijrah, Ka’bah dipenuhi dengan berhala. Rasulullah tidak terus menghapuskan berhala-berhala tersebut. Rasulullah tetap juga melakukan ibadah seadanya walaupun ka’bah pada ketika itu terdapat 360 lebih berhala sembahan kaum Quraisy. Setelah pembukaan kota Mekkah pada tahun kesepuluh hijrah, barulah pembersihan keseluruhan berhala-berhala tersebut….”

Filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB 1 & 2) muncul, dengan diberi nafas baru dalam dunia perfileman Islam. Disini adabnya dijaga. Pelakunnya menjaga aurat walaupun adegan malam pertama. Malah Kang Abik (Habiburrahman El-Syirazi) juga turut berlakun dalam filem ini. Suasananya segar. Sineteronnya indah. Kata-katanya adalah pembangunan jiwa. Tersentuh apabila melihatnya. Temanya adalah cinta yang luhur. Enekdotnya memberi jawapan ampuh kepada wanita yang tidak mahu berpoligami.

Boleh lihat filem melalui youtube
Atau boleh membeli buku melalui web site ini.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleThe FIVE Dysfunction of Islamic Organisations
Next articleKelas Al Furqon Tahun 2 bermula
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com