Entries by Dr Suhazeli Abdullah

,

Adakah Ubat Herba China Merawat COVID-19?

Adakah KKM menggunakan Herba dari China untuk rawat COVID-19? – Jawabnya belum pasti. . Apakah pandangan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengenai penggunaan herba di China bagi merawat pesakit COVID-19? – Jawabnya, herba bukan rawatan utama. Ianya tambahan. Lihat kenyataan Datuk DG minggu lepas. . Apakah terus kita boleh pergi kedai herba China dan beli seterusnya […]

,

Vaksin COVID-19 yang Di Tunggu

Vaksin bukan segala-galanya. Tetapi semua orang mengharapkan vaksin terutamanya vaksin COVID-19 itu berjaya dicipta dalam tempoh terdekat. Mungkin anda pelik, mengapa tulisan saya sebegini pada kali ini. Seolah-olah saya tidak begitu mengharapkan sangat kewujudan vaksin dalam suasana pandemik COVID-19 masa ini. . Di sinilah perlunya kefahaman yang mantap bagi kita, bahawa vaksin itu salah satu […]

,

Fatwa Pengurusan Jenazah COVID-19

Pengurusan jenazah hendaklah dijalankan oleh pihak yang mempunyai pengetahuan mengenai kaedah pengurangan risiko jangkitan. Oleh itu latihan tertentu perlu diberikan kepada pihak yang mempunyai tanggungjawab untuk mengendalikannya. Antara pihak yang boleh terlibat adalah dari pasukan kawalan penyakit KKM, pegawai agama dan individu yang dilatih dalam masyarakat bagi kaedah pengebumian jenazah penyakit berjangkit. . Pengurusan ini […]

, , ,

4 Kesalahan Jurujual Produk Kesihatan

Seorang jurujual memarahi saya, “kalau produk tak berguna…kenapa KKM luluskan?” “Cik adik, KKM luluskan tu sebagai suplemen, bukannya ubat yang dakwa boleh rawat penyakit!” 4 KESALAHAN JURUJUAL . 1️⃣ Apabila bahan jualan mereka sudah dapat nombor notifikasi kelulusan KKM terus mendakwa produk mereka disarankan oleh KKM untuk merawat penyakit itu dan ini. ❗️Tidak dinafikan bahawa […]

,

C.E.G.A.H

Virus mudah berjangkit dari individu ke individu. Selsema biasa mungkin tidak mendatangkan kebimbangan. Namun selsema seperti Influenza atau SARS, MERS-Cov, 2019-nCov, cepat memudaratkan kita. Kaedah yang paling baik adalah menCEGAH diri dari melakukan beberapa perkara. . Ingat perkataan C.E.G.A.H . Cegah diri dari selalu memegang hidung, mulut tanpa sebab. . Elakkan diri dari berada dekat […]

DOKTOR TERNGANGA BILA MINYAK ZAITUN GANTI RAWATAN SAKIT JANTUNG

. “Encik wajib beli produk ni. Ada pelanggan saya beli sebotol dua minggu lepas.” Sambil menghulurkan sebotol minyak zaitun kepada saya. Itulah Sapaan awal seorang jurujual di sebuah pekan sempadan Malaysia. . “Patutnya beliau diberi temujanji pakar untuk buka (bedah) saluran jantung minggu lepas. Tetapi setelah amal minum minyak zaitun ni, jumpa doktor pakar semula […]

Bayi Otak Kuning

Kita ambik darah baby ni bukan suka suki nak ambik. Ada alasannya. Kita nak lihat peratus kuning dalam darah. . Di badan baby kita boleh lihat kuning dia setakat mana, nak confirm takat mana serius atau tak, mesti kita cucuk dan test dalam makmal. Namanya test kuning tu untuk tahu jumlah serum bilirubin. . Benda […]

,

Doktor Tidak Masuk Syurga?

Sugul sekerat hari ni memikirkan nasib doktor yang ditohmah oleh seorang pendita dalam media maya. . Tulisannya meletakkan ciri-ciri doktor yang tidak masuk Syurga. Katanya pendapat ulama. . Saya terus bertanyakan sahabat-sahabat yang juga berstatus ulama, adakah benar apa yang ditulis itu? . Antara jawapan yang diberikan: . “Kenyataan tidak bertanggungjawab sehingga mengundang perspektif buruk […]

,

Tolak lah, Benda tu Mudarat

Kenapa ada lagi manusia tidak faham-faham amaran doktor-doktor dan juga Kementerian Kesihatan? Malah di kotak rokok itu sendiri pun terpampang amaran keras dengan pelbagai jenis gambar kesan dari rokok. . Apabila KKM mengenakan undang-undang larangan merokok di kedai makan itu bermakna satu mesej jelas bahawa merokok boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Tetapi ada […]

,

Vaksin Pneumokokal

Oleh Dr Amirul Amzar Tahniah kerajaan Malaysia atas kejayaan memasukkan vaksin pneumococcal dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan bermula 2020. Tahniah juga rakyat Malaysia atas manfaat yang besar ini. Vaksin pneumococcal mencegah dari jangkitan streptococcus pneumoniae. Ia adalah sejenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada telinga (otitis media), sinus (sinusitis), paru-paru (pneumonia) dan juga selaput otak (meningitis). […]

, ,

Tiup Air dalam Bejana

Terdapat dalam beberapa kitab ulama yang membincangkan mengenai hukum meniup air dalam bekas yang panas. Pelbagai huraian telah dibuat oleh mereka. Ada diantaranya menyatakan haram, ada juga yang makruh dan mengharuskan perbuatan itu. Cantik sungguh perbahasan mereka demi menjaga teguran Rasulullah SAW mengenai isu tersebut. Antaranya terdapat hadith bahawa Rasulullah SAW melarang daripada bernafas dalam […]

,

Bomoh Bukan Pakar Kanser

Ramai yang tahu bahawa mereka menghidapi penyakit tetapi tidak mahu berubat lanjut. Sudah banyak kes saya temui, doktor mengesahkan beliau kemungkinan menghidapi kanser, tetapi enggan dirujuk ke hospital dengan alasan ingin berubat kampung. Selang beberapa ketika, diberitakan bahawa beliau sedang nazak di hospital kerana kanser telah sampai tahap 4. Tahap yang hanya menunggu kematian menjengah. […]

, ,

TB Akibat Jin

Penyakit TB itu sejenis penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan pesakit batuk, demam dan kurang selera makan. Jika tidak dirawat penyakit ini boleh membawa maut. Sebelum penemuan antibiotik, Tb membawa kematian seorang dari 7 penduduk dunia. Penyakit ini sebenarnya sudah wujud sejak sekian lama, cuma kuman tersebut tidak dapat dikenal pasti secara sahih. Mereka tahun bahawa […]

, , ,

Sembuh Tanpa Ubat

Sudah acap kali kawan-kawan minta saya beri ulasan tentang poster program SEMBUH KENCING MANIS / KANSER TANPA UBAT. Tanpa prejudis kepada mana-mana pihak, saya suka berikan nasihat agar menjauhkan diri dari terjebak dalam program tersebut. Apa yang saya perhatikan bahawa, melalui iklan itu seolah-olah pihak berkenaan menghina reputasi profesion perubatan. Secara tersirat, mereka menuduh rawatan […]

,

Jangan Dengar Nasihat ini?

Dari segi logik memang tak logik sebab etiologi (punca asal / penyebab) serangan jantung atau stroke adalah saluran darah jantung atau otak tersumbat/pecah. Mana mungkin tumit kaki dikaitkan untuk merawat? Hatta dalam ilmu refleksologi pun tidak begitu. Namun bagi pesakit stroke mungkin kaedah jinjit kaki ini salah satu dari fisioterapi. Fisioterapi adalah satu kaedah untuk […]

,

Vaksin Punca Ekzema?

Ekzema adalah penyakit hypersensitivity kulit. Hypersensitivity bermakna kulit seseorang itu terlalu sensitif. Terkena bahan tertentu sedikit je terus bengkak. Bahan tertentu ini kita panggil trigger. Contoh trigger adalah debu, bahan kimia dan bulu kucing. Bermakna kalau ada terkena trigger, orang yg ada ekzema itu akan kena serangan ekzema atau kita panggil sebagai flare. Vaksin, tidak […]

,

5 Pesanan Penting Penghidap Ketuat

Lihat kepada bentuk ketuat ini biasa aje kan? Ada orang yang terlalu risau hingga jelajah seluruh klinik dan hospital kawasan dia. Ada orang yang hanya biarkan sahaja, buat tak kisah. Jika jumpa doktor pun, pelbagai reaksi diberikan. Ada doktor yang hanya rileks, beri nasihat supaya tidak perlu buat apa-apa yang drastik. Tapi ada pulak doktor […]

,

Risô

Benjolan di kaki seperti ini amat jarang berlaku. Pesakit pun tidak kisah sangat kewujudan benjol sebegini kerana tidak sakit dan tidak menjejaskan kecantikan. Lagipun wujudnya benjolan sudah bertahun lamanya. Apabila ditanya, pesakit pun sudah lupa berapa lama dan apa puncanya. Bahaya ke Risô lagu ni? Orang tua-tua kata tak bahaya pun. Ya, benar benjolan ini […]