Ada seorang netizen bertanya berkaitan dengan Antibody Dependent Enhancement (ADE) yang mungkin boleh berlaku setelah pemberian vaksin. Lantas beliau berikan link beberapa teori dari pihak tertentu berkaitan ADE itu.

Saya perhatikan netizen cepat percaya dan terus sebar teori yang tidak dibuktikan lagi. Netizen hanya pandai copy & paste, tetapi tidak baca. Kalau baca pun tidak memahami konteks perbincangan sebenar. Ironinya masyarakat percaya bulat-bulat ulasan yang antivaksin tulis.

Saya baca salah satu link yang diberikan itu. Jauh benar kefahaman seperti mana yang di tulis berkaitan dengan Antibody Dependent Enhancement (ADE). Dalam konklusi artikel itu pun menyebut isu ADE hanya peringkat teori dan kajian makmal sahaja. Itupun masih belum ditentusahkan melalui kajian ektensif. Bahkan penulis artikel tersebut pun mengesyorkan vaksin COVID-19 wajib diteruskan walau dengan sedikit berhati-hati.

Artikel tersebut ditulis Jun 2020, pada masa itu kajian-kajian klinikal vaksin baru bermula. Belum pun masuk kajian klinikal fasa 1. Setiap orang boleh sahaja beri pandangan dan berteori. Lihat artikel jurnal lain itu pun nampak ketinggalan zaman.

Bukti nyata sekarang ini April 30, 2021 (5 bulan berlalu) sudah lebih 1.08 bilion dos vaksin telah diberikan seluruh dunia. Tiada pun berlaku kejadian yang membimbangkan sehingga diberhentikan terus program imunisasi setiap negara terlibat.

Ianya tidak sepertimana yang berlaku pada vaksin denggi (Denvaxia), hanya tiga bulan sahaja telah menunjukkan kesan negatif vaksin. Sejumlah 800,000 kanak-kanak diberikan vaksin denggi di Filipina tahun 2016, didapati 14 orang meninggal dunia akibat serangan denggi berdarah. WHO terus mengarahkan vaksin denggi dihentikan.

Fenomena ADE yang dijadikan teori oleh sesetengah pihak tidak pun terjadi ke atas vaksin COVID-19. Justeru ianya tidak pun menjadi isu besar yang membimbangkan masyarakat.

Pun begitu pihak berkuasa kesihatan akan tetap melakukan pemantauan dari masa ke semasa.

Suhazeli Abdullah

7.5.2021

Kuala Berang

Rujukan:

Veronica Hackethal. Why ADE Hasn’t Been a Problem With COVID Vaccines. MedPage Today. March 16, 2021

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleVaksin AstraZeneca Selamat dan Berkesan
Next articleDoktor Pakar Sembuh Guna Ivermectin?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com