,

Air Ikan Haruan Yang Mengundang Padah

SINGAPURA: Pihak berkuasa kesihatan Singapura memberi amaran kepada
orang ramai supaya tidak mengambil ubat tradisional dengan label ‘Air
Ikan Haruan; oleh kerana ia mengandungi bahan perubatan berbahaya yang
tidak diisytiharkan. Dalam satu kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan
(HSA) berkata ia telah mengesan dexamethasone, sejenis ubatan barat
yang berbahaya dalam perubatan tradisional. Ia menyatakan dexamethasone adalah dadah preskripsi yang biasa digunakan bagi merawat penyakit radang seperti arthritis. ‘Air Ikan Haruan’, yang dipakej dalam botol-botol kecil, mendakwa dapat
“membersihkan darah kotor, mengurangkan gatal kulit, memulihkan luka
dalaman, menambah tenaga, mengurangkan batuk, dan mempertingkat
kesihatan ibu selepas bersalin,” kata HSA. Penggunaan dexamethasone secara berterusan dan tanpa
penyeliaan boleh menyebabkan reaksi negatif yang serius seperti degupan
jantung tidak tetap, peningkatan tekanan darah, kolestrol, gula dalam
darah, dan kedatangan haid tidak menentu, kerosakan otot dan tulang,
sawan dan gangguan mental dan perasaan. HSA berkata ubat berkenaan tidak ditemui di kedai runcit
tempatan tetapi ia bimbang mungkin ada orang ramai yang membeli produk
itu dari seberang laut dan dengan tidak sengaja terdedah kepada bahaya
kesihatan yang serius disebabkan oleh produk tercemar itu. – Bernama

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2 replies

Comments are closed.