Laporan blog seumpama ini banyak disalah erti. Tajuk pun agak skeptical. Boleh mengelirukan pembaca yang hanya membaca sekerat. Saya perhatikan blog sebegini bukan sahaja isu vaksin tetapi isu Elgibiti dan beberapa lagi. Jadi tidak hairan jika mereka meletakkan caption tulisan yang sedemikian. Harap pembaca bukan sekadar baca tajuk tetapi bacalah isi penuh artikel.

Boleh baca kenyataan sebenar Tan Sri DG Kenyataan TS Dr Noor Hisham mengenai laporan kesan sampingan akibat vaksin COVID-19 terkini. Berita pada 20 Jan 2022.

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/01/913796/kes-kesan-sampingan-serius-vaksin-rendah

KUALA LUMPUR: Sebanyak 896 daripada 24,286 kes kesan mudarat berikutan imunisasi (AEFI) adalah berkaitan dengan pemberian dos penggalak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 42 kes menunjukkan kesan sampingan serius manakala sebahagian besarnya menghadapi kesan sampingan minimum.

“Sehingga 15 Januari 2022, sejumlah 60.7 juta dos vaksin COVID-19 telahpun diberikan, di mana 9.2 juta dos adalah dos penggalak.

“Kalau kita lihat jumlah yang dilaporkan ialah 0.4 untuk setiap 1,000 dos yang telah diberikan. Dos penggalak ialah 0.1 bagi 1,000 dos yang telah diberikan dan AEFI yang membabitkan kes sampingan yang teruk ialah 0.05 untuk 1,000 dos yang telah diberikan.

Dan juga laporan miokarditis, kita telahpun maklum iaitu dalam kalangan kanak-kanak ialah satu hingga tiga kes untuk setiap 100,000 yang mendapat kesan miokarditis,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

Sekiranya tidak divaksinasi, Dr Noor Hisham berkata individu terbabit terdedah dengan risiko 36 kali lebih tinggi jika dijangkiti COVID-19.

Setakat makluman tarikh ini, tiada kes kematian akibat radang otot jantung (Myocarditis) berpunca dari vaksin COVID-19. Boleh baca kenyataan dari Persatuan Pakar kanak-kanak Malaysia, mereka sebulat suara menyarankan pemberian vaksin kepada kanak-kanak. Kajian-kajian mendapati kes Myocarditis selepas vaksin di kalangan kanak-kanak adalah non-fatal (tidak membawa maut).

DrS

25.1.2022

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleAntivaksin selalu Putar Berita
Next articleYb Khairy Jamaluddin Tipu Sijil Vaksin?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com