Adakah individu Tidak Vaksin Pembawa Virus?

Antara slogan yang mereka perjuangkan adalah hak asasi. Kerajaan tidak sepatutnya menyekat kebebasan rakyat terutama mereka yang tidak mahu vaksin.

Jika nak tuntut hak kebebasan, patutnya orang yang 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 dapat vaksin, 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁.

𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗵 𝘃𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘃𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 berkumpul bersama mereka dalam kelas, dalam dewan kuliah, dalam pasaraya, dalam masjid dan sebagainya.

Persoalannya, mana lebih tinggi resiko vaksin dan tak vaksin?

Tidak di vaksin berisko dijangkiti dan kemungkinan kejadian pandemik dalam kalangan mereka meningkat dek kerana liputan dalam komuniti rendah. Boleh lihat sendiri kes-kes yang berlaku sekarang. Majoritinya adalah dalam kalangan yang tidak divaksinkan lagi.

Walaupun kajian dari Massachusetts mendapati jumlah virus dalam lubang  hidung individu yang vaksin dan tidak vaksin adalah sama, tetapi individu tidak vaksin mempunyai daya tahan yang kurang. Gejala yang mereka hadapi lebih teruk dan lagi ramai. “Pandemic of unvaccinated” akan menjadi masalah baharu.

Lihat satu kajian di Singapore (retrospective cohort) perbandingan individu yang dah vaksin dan belum vaksin, hasil kajian mendapati:

1. Yang dah vaksin walaupun umur tua kurang memerlukan bantuan oksigen dengan ketara (signifikan; OR 0.07). Manakala individu yang belum vaksin lagi banyak dapat jangkitan paru-paru akibat COVID-19. Bukan itu sahaja keputusan makmal lain mengenai status kerosakan organ lain juga teruk. Ramai yang tak vaksin ini masuk ICU.

2.  Individu yang dah vaksin kurang bergejala, 9.2% berbanding 28% (nilai signifikan; p < 0.001).

3. Nilai CT (menunjukkan jumlah virus dalam badan) yang dah vaksin lagi cepat pulih berbanding yang tak vaksin (coefficient estimate 9-12, p <0.05)

4. Antibody/serology – 66% individu yang dah vaksin ada antibodi S dalam seminggu, manakala hanya 7 daripada 45 @ 16% dalam individu yang tak divaksin ada antibodi tersebut. Maknanya pembentukan antibodi individu yang telah divaksinkan lebih cepat dan berkesan.

5. Penolakan atau kebolehan antibodi melawan/membunuh delta variant (surrogate virus neutralization inhibition), nilai median yang dah vaksin 98.3% pada minggu pertama dan 99.6% pada minggu kedua. Median untuk individu yang tak vaksin <20% bagi minggu pertama dan minggu kedua.

Jika diberi pilihan 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝘂𝗹 bersama individu dah vaksin vs tidak vaksin, sudah pasti 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗛𝗔𝗞 𝘀𝗮𝘆𝗮 tidak bergaul dengan individu yang 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘃𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻.

Risikonya samada saya dijangkiti atau mereka terjangkiti yang sudah tentu menyebabkan mereka semakin teruk nanti. Kesian. Akhir sekali mereka menjadi salah satu catatan dalam statistik negara.

Suhazeli Abdullah

19.10.2021

Boleh rujuk https://www.medrxiv.org/content/10.1101/2021.07.28.21261295v1.full-text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleSiapa Dajjal?
Next articleVaksin COVID-19 Masih Eksperimental?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com