Kenapa mereka suka cakap kasar, perli doktor dan perbodohkan orang lain? Hilang terus akhlak dan adab. Sestengah mereka mengaku pejuang Imam Mahdi yang akan muncul di Akhir zaman, tetapi tengok kepada percakapan dan perangai, tak layak dalam syariat agama.

Semakin tenat dah netizen yang seangkatan dengan mereka, komen-komen di media-media sosial amat menjelikkan. Jarang saya nampak bangsa lain pun melontarkan komen sedemikian rupa. Bukan sahaja menuduh doktor-doktor KKM itu dajjal, malah ada yang sanggup lukis karikatur menghina. Adakah ini sebahagian dari fitnah akhir zaman?

Akaun palsu media sosial bercambah ibarat cendawan lepas hujan. Komen-komen yang dibuat itu menghasut masyarakat supaya percaya kepada naratif berita separuh masuk, palsu, putarbelit dan sengaja direkacipta diluar konteks sebenar. Apabila diperjelaskan, lantas dituduh doktor yang beri penjelasan itu penyembah vaksin, agen dajjal dan sebagainya.

DrS
15.2.2020

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...