1. Negara-negara berkenaan membenarkan masuk dalam negara mereka atas polisi VTL (Vaccine Travel Lane). Ianya sama dengan konsep Green Bubble antara Malaysia dan Singapura sebelum ini. Mereka bukan batalkan ujian saringan COVID-19 atau kuarantin, tetapi meletakkan syarat pengembara luar itu terlebih dahulu lengkap vaksin dan jalani ujian Covid-19 sebelum berlepas. Manakala Turki hanya tidak mensyaratkan ujian Covid-19 atau ambil vaksin bagi pergerakan dalam sahaja (domestic travel). Tetapi Brazil masih lagi mengenakan syarat lengkap vaksin dan negatif ujian Covid-19. Perkara seperti ni boleh berubah dari masa ke semasa berdasarkan keadaan negara mereka masing-masing. Ianya tidak sama setiap negara. Jangan pukul rata. Isu yang sama dengan jarak saf di Mekah Madinah satu masa dulu. Tetapi apabila kes makin meningkat, Masjid Nabawi dikenakan penjarakan sof semula.
  2. Berkaitan dengan berkumur air garam suam, isu ini sudah lama diterangkan sejak dari awal penemuan Covid-19 lagi (tahun 2019). Berkumur dengan air garam ke, air suam ke, klorox atau seumpamanya hanya bersifat sementara. Virus Covid-19 bukan sahaja berkampung di kerongkong, tetapi boleh memasuki paru-paru dengan mudah. Ianya bergerak bersama pernafasan kita. Lagipun gejala Covid-19 itu unik, ianya bukan menyebabkan sakit tekak lagi seperti selsema biasa, dia datang dengan gejala yang jauh berbeza seperti hilang deria bau (anosmia), hilang deria rasa di lidah, sakit perut, sakit dada dan pelbagai lagi. Kalau nak berkumur juga – silakan, tetapi tidak mengganggu pengurusan kes seperti Kuarantin atau bantuan oksigen dan sebagainya (jika gejala serius).
  3. Perkara yang utama bagi kita bukan anggap virus COVID-19 itu perkara remeh seperti selsema biasa. Kita tak tahu nasib kita bagaimana jika dijangkiti. Kita sendiri belajar, wabak Covid-19 itu bukan seperti virus selsema biasa
  • terdapat kes yang nasib tidak baik terpaksa berakhir di ICU kerana sesak nafas.
  • kesan jangka panjang pesakit COVID-19 sehingga berbulan-bulan (Long covid syndrome).
  • Sindrom Radang (MIS – multisystemic inflammatory syndrome) amat membimbangkan terutama sekali kanak-kanak. Boleh membawa maut kerana kanak-kanak tak cukup kuat dengan MIS itu. Kalau selsema biasa, tiada kejadian seumpama itu.

Justeru, nasihat saya jangan mudah sebar dan percaya tulisan yang viral seperti ini.

Suhazeli Abdullah
30.1.2022

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleYb Khairy Jamaluddin Tipu Sijil Vaksin?
Next articleBernafas melalui Hidung?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com