Hanya MUI sahaja nampak pelik dan terlalu rigid dalam isu ini. Sedangkan ulama lain seluruh dunia tiada masalah pun. Dalam masa yang sama mereka juga membuat kenyataan tegas yang mengharuskan penggunaan vaksin atas dasar darurat. Di hujung kenyataan itu mereka akhirnya menerima pengambilan vaksin AstraZeneca dan lain-lain bukannya menolak sepenuhnya. Inilah fiqh muazanat yang perlu kita ambil jika masih lagi bertegas dengan perkara yang telah pun dijelaskan oleh pakar-pakar.

Kenapa kenyataan akhir itu tidak ditimbulkan. Sekarang ini kita dalam fasa kritikal Pandemik yang memerlukan keputusan-keputusan segera bagi terus kita keluar daripada wabak ini.

Cuba baca balik kenyataan daripada Tuan Guru Haji Abdul Hadi ini panjang ditulis, tapi ini adalah kenyataan ringkasan daripada tulisan beliau.

“Sepatutnya semua pihak berperanan menyedarkan masyarakat seperti perlunya suntikan vaksin kerana Islam meletakkan tuntutan menjaga nyawa adalah wajib diutamakan sehingga dihalalkan perkara haram dalam ayat-ayat Al Qur’an”

Ingatlah Islam itu dinamik, bukan rigid. Majlis fatwa dalam negara kita dan seluruh dunia bersetuju mengharuskan penggunaan vaksin atas paksi Al Quran, Sunnah dan usul-usul fikah yang telah pun dibahaskan oleh para alim ulama. Maka terimalah.

1️⃣ Yb Khairy Jamaluddin, Menteri MOSTI juga telah menyatakan dengan jelas bahawa kajian yang dijalankan oleh pihaknya. Boleh baca kenyataan Yb pada 25 Mei 2021. [https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/820693/covid-19-vaksin-pfizer-astrazeneca-tidak-mengandungi-bahan-daripada]

2️⃣ Pada 5 Jun lalu (2021) saya berforum dengan prof Dr. Ayman Al Akiti, pensyarah UIA dan Fello IKIM, menerangkan isu berkaitan dengan kewujudan ataupun tidak babi dalam vaksin AstraZeneca. Beliau menjelaskan hasil dari webinar beliau dengan para ulama Indonesia yang menguasai kebanyakan pondok di sana. Vaksin AstraZeneca sudah pun bersih. Doktor pakar telah panjang lebar menerangkan bahawa bahan akhir sudah pun tidak mengandungi unsur yang terlarang itu. Lihat video penjelasan Forum Fiqh Medic Bersama Dr Ayman Al Akiti, di mana beliau turut serta dalam perbincangan Nahdatul Ulama Indonesia. Keputusan yang dikeluarkan oleh NUI adalah vaksin AstraZeneca suci dan halal. Lihat https://youtu.be/3PMk-79dOJ4. Sebelum ini masyarakat pondok Indonesia ramai yang menolak vaksin. Selepas kenyataan dari NUI baharulah mereka menerimanya dan semua anak-anak pesantren diberi vaksin tanpa banyak penolakan.

3️⃣ Begitu juga penerangan Dr Syafiq yang menyatakan sel Trex-293 dan tripsin yang digunakan itu adalah sintetik melalui teknologi terkini: https://www.facebook.com/121541011848123/posts/787311725271045/?app=fbl

4️⃣ Sejak Februari 2021 lagi Akademi Fiqh Islam Antarabangsa mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin COVID-19 yang digunakan adalah halal. Lihat kenyataan rasmi https://www.iifa-aifi.org/wp-content/uploads/2021/03/IIFA-Symposium-on-Anti-Covid-19-Vaccines-Feb-2021-3.pdf

Dengan hujah kukuh ini sepatutnya tidak timbul keraguan dalam kalangan umat Islam.

Rujuk:

[1] Jaskiran McPhail. Advising individuals with religious or other dietary practices and beliefs on their suitability for the AstraZeneca COVID-19 Vaccine. Patient Safety, North West Medicines Information Centre · Updated 24 February 2021.

[2] VegSoc. COVID-19 Vaccine Info. Vegetarian Society Online. January 2021.

[3] Halida P. Widyastut. On The MUI’s View of “TRYPSIN ORIGIN” in The ASTRAZENECA’S COVID-19 Vaccine. INFID Online, 25 MARCH 2021.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...