Isu mengenai Graphene Oxide yang kononnya terdapat dalam vaksin COVID-19 terutamanya vaksin Pfizer-BioNTech telah pun diviralkan sejak daripada Jun 2021 lagi. Sudah ramai pakar luar negara memberikan penerangan bahawa berita itu tidak benar.

Vaksin COVID-19 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 mengandungi Graphene Oxide. Itu jelas!

Dalam negara kita mula heboh sejak akhir-akhir ini oleh sekumpulan pihak, yang kita ketahui individu-individu yang terbabit dari kumpulan itu adalah antivaksin sejak sekian lama. Bahkan pernah dihadapkan di mahkamah kerana membawa berita palsu mengenai vaksin.

Video dan laporan yang mereka rujuk adalah dari doktor yang kononnya mengatakan bahawa terdapat 99.99% graphene oxide di dalam vaksin dan boleh membunuh. Saya pernah menjawab isu ini pada awal bulan julai yang lalu seperti link https://www.facebook.com/546572572048737/posts/4205242882848336/

Bahkan kenyataan rasmi dari universiti yang kononnya menjalankan ujikaji tersebut juga menafikan penglibatan mereka dalam kajian yang tidak benar itu. Boleh rujuk sini https://www.newtral.es/wp-content/uploads/2021/07/COMUNICADO-DE-LA-UNIVERSIDAD-DE-ALMERÍA_2-julio-2021_def.pdf?x32658.

Sehubungan dengan isu ini Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan juga memberikan jawapan rasmi bahawa vaksin yang digunakan / akan digunakan dalam negara kita tidak mempunyai Graphene oxide. [lihat gambar].

Saya cukup hairan kenapa rakyat negara kita amat mudah terpengaruh dengan berita tidak betul dan hanya dalam bentuk andaian seperti ini. Bahkan individu yang bercakap itu pun sudah diketahui ramai tidak berkredibilti langsung.

𝗦𝗲𝗱𝗶𝗵, 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗠𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗻𝗮 𝗧𝗶𝗽𝘂 oleh kumpulan ini.

Suhazeli Abdullah

23.8.2021

Tengkawang

Rujuk: https://healthfeedback.org/claimreview/there-is-no-conclusive-evidence-that-the-pfizer-biontech-covid-19-vaccine-contains-graphene-oxide/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleDah Vaksin Ramai Mati?
Next articleDarah Bekam Selepas Vaksin
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com