74% ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ข๐—ฉ๐—œ๐——-19 ๐——๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฉ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ถ๐—ป?

Biasanya ramai di kalangan kita akan baca laporan berita tak habis. Hanya baca tajuk saje. Tetapi huraian laporan tidak dibaca. Kemudian sebarkan ulasan sendiri yang tidak melihat kepada konteks sebenar.

Artikel tu (gambar) adalah respons dari CDC yang keluar kenyataan sebelum ini bahawa mask, penjarakan fizikal, buat majlis keramaian dan SOP lain sudah tidak perlu setelah lengkap vaksin. Di bandar kajian itu dibuat (Massachusetts) sudah pun mencapai 69% penduduknya telah ambil vaksin. Malah terdapat daerah sana yang zero kes dalam tempoh 14 hari sebelumnya. Oleh kerana keyakinan itu, kerajaan mereka telah melonggarkan SOP dengan kebenaran buat majlis keraian serta membuka pelitup muka.

Rupanya tidak, berlaku kluster jangkitan seperti yang dilaporkan itu. Lebih menyedihkan terdapat sebilangan pesakit yang dijangkiti oleh varian Delta. Menjadikan peratusan kes meningkat kembali. Peratus jumlah kes didapati positif adalah hampir sama dengan nisbah vaksinasi. Justeru kesimpulan yang boleh dibuat, walaupun telah lengkap vaksin, semua mesti kembali pakai mask dan ikut SOP. Jangan ambil mudah.

Dalam masa sama, varian delta terus menyerang individu yang masih belum dapat vaksin dengan jumlah yang lebih besar.

Di US, purata kes baharu harian mencecah 62,000 kes sehari. Majoriti kes tersebut berakhir dengan kemasukan ke hospital dan kematian adalah dikalangan belum divaksinkan.

Jika dibaca lanjut dalam laporan MMWR dan portal Guardian, ramai pakar membuat Komentar bahawa keberkesanan vaksin masih tinggi. Meraka mengesyorkan usaha vaksinasi perlu digiatkan lagi di samping menjaga ketat SOP terutamanya kemunculan varian baharu yang makin mengganas.

Suhazeli Abdullah

4.8.2021

Kuala Berang

Laporan CNBC. https://www.cnbc.com/2021/07/30/cdc-study-shows-74percent-of-people-infected-in-massachusetts-covid-outbreak-were-fully-vaccinated.html

Laporan MMWR CDC. https://www.cdc.gov/mmwr/volumes/70/wr/mm7031e2.htm

Ulasan lanjut pakar. https://www.theguardian.com/world/2021/jul/30/covid-delta-variant-guidelines-masks-cdc-paper-transmission

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...