Saya hormati pandangan daripada Prof Mustafa Ali berkaitan dengan kebimbangan beliau mengenai jangka panjang kesan negatif vaksin mRNA yang akan digunakan oleh kerajaan daalm masa terdekat ini.

Namun video beliau itu telah digunakan seluas-luasnya oleh golongan yang sememangnya kami ketahui perangai mereka sejak sekian lama – antivaksin, pro-teori konspirasi dan penjual produk. Prof Mustafa telah tunggangi oleh mereka untuk memburuk-burukkan lagi vaksin COVID-19. Walaupun beliau menafikan ulasan beliau itu bukan bernada antivaksin, tetapi kita lihat di media maya video beliau itu telah digunakan seluasnya oleh golongan tersebut.

Intisari daripada ucapan beliau juga itu adalah lebih kepada andaian dan membuat tohmahan yang buruk terhadap vaksin COVID-19 (mRNA based). Adakah beliau sendiri lupa dengan kaedah kajian klinikal yang pernah mengajar kami semasa di Universiti dahulu? Adakah berbeza kaedah Clinical Trials itu setelah beliau pencen dari UM? Adakah COVID-19 Research Centre yang diasaskan boleh beliau sekarang itu membawa kaedah berbeza? Kerajaan iktiraf ke CRC itu? Sedangkan kerajaan sendiri telah pun mempunyai Institute of Medical Research (IMR), Clinical Research Centre Malaysia (CRM) dan banyak lagi pusat penyelidikan universiti seluruh negara?

.

Argumen dan sangkaan belaiu itu telah pun diulas oleh Datuk Dr. Musa Nordin dalam rancangan Analisis TVAH. Beliau pun salah seorang dari ahli panel rancangan itu. Akhir rancangan pun nampak beliau bersetuju dengan hujah Datuk Dr Musa Nordin!

.

Kajian secara Klinikal telah dibuat oleh syarikat pengeluar contohnya Pfizer-BioNtech menggunakan lebih daripada 43,000 pesakit. Begitu juga dengan Pengeluar vaksin Moderna lebih daripada 30,000 pesakit yang menjalani kajian klinikal fasa 3 tersebut. Terbukti kejayaannya. Sudah tidak timbul samada badan kita “teknologi” lama dan sukar menerima teknologi baharu. Laporan lengkap telah terbukti bahawa vaksin itu berkesan dan selamat digunakan (95% dan 94.5% masing-masing). Semua laporan itu boleh dibaca oleh orang awam. Boleh lawat webiste rasmi FDA.

Masalah tidak akan selesai jika kita mengambil sumber rujukan yang tidak berautoriti dan cuba menangguk di air keruh. Masyarakat akan semakin keliru.

Evidence Based Medicine (EBM) yang selalu diajar kepada kami inilah yang patut diambil. Dan ianya bukan sesuatu yang baharu dalam dunia perubatan. Tetiba, beliau sendiri yang ragu-ragu berkaitan dengan pengambilan vaksin ini. Begitu juga banyak tulisan jurnal lain yang mengulas isu yang sama. Kajian-kajian yang melibatkan mRNA vaksin telah dilakukan oleh ramai lagi pakar seluruh dunia.

Buat masa ini, vaksin tu adalah selamat digunakan. Sehingga kini sudah 1.9 bilion dos vaksin telah pun diberikan kepada penduduk dunia. Tidak ada satu masalah yang besar pun berlaku. Bahkan kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai dalam beberapa buah negara yang telah pun memberi vaksin kepada rakyat mereka. Mereka telah pun mula melonggarkan polisi ketat dan SOP. Mereka mula bebas dengan kehidupan normal seperti sediakala.

Kalau bimbang dengan keselamatan jangka masa yang panjang, ianya lumrah dan belum tidak diketahui sepenuhnya. Rekod keberkesanan dan keselamatan melalui kajian setakat ini adalah tidak sama seperti teori yang dibimbangkan itu. Oleh yang demikian kita tidak perlu menghentikan keseluruhan program imunisasi. Saya bersetuju dengan saranan beliau, vaksin COVID-19 adalah pilihan rakyat, bukannya paksaan. Tetapi saya tidak setuju dengan kaedah memburuk-burukkan vaksin melalui andaian semata-mata. Bahkan bukti kejayaan sudah pun terbentang melalui ujikaji klinikal seperti yang disebutkan tadi. Jika individu berpengaruh seperti beliau sanggup bersekongkol dengan antivaksin, bermakna pemikiran sudah menginjak setapak kebelakang.

.

Suhazeli Abdullah

8.6.2021

Kuala Telemong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...