Menjelang 2021, Indemniti Profesional (PI) diwajibkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) untuk semua Doktor. Ianya satu bentuk Insurans gantirugi profesional. Syarat ini termaktub dalam Akta Perubatan 1971 (pindaan 2017). Tanpa PI, doktor tidak akan dapat memperbaharui Perakuan Amalan Tahunan (APC) mereka. APC adalah ibarat lesen untuk terus beramal. Jika tiada lesen, doktor boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang.

.

PI WAJIB Untuk:

✅ Doktor Swasta: Pakar atau pegawai perubatan Swasta

✅ Doktor Kerajaan dengan menjalankan Lokum: Pegawai Perubatan & Pakar

.

❌ Tidak Wajib untuk: Doktor kerajaan yang TIDAK melakukan Locum.

👌Sebenarnya doktor kerajaan dan institusi pendidikan perubatan awam sudah dijamin oleh majikan masing-masisng melalui insuran kerajaan / institusi berkenaan. Sejauh mana perlindungan dari majikan tersebut, perlu tanya pihak pengurusan anggota.

.

Apakah perkara-perkara ASAS yang harus diketahui mengenai Insurans ganti rugi profesional untuk Pengamal Perubatan.

.

PERLINDUNGAN:

.

1. PERLINDUNGAN MASA LAMPAU

* Perlindungan terhadap amalan masa lalu anda. Di mana pesakit anda boleh manyaman anda dalam tempoh masa kejadian 6 tahun jika anda berkhidmat di premis swasta & 3 tahun di premis Kerajaan.

* Semua ganti rugi akan dilindung dari liputan ini. Walaupun anda mengambil ganti rugi sekarang, polisi anda akan melindungi amalan anda sebelum ini dalam tempoh yang diberikan di atas.

.

2. PERLINDUNGAN SEMASA TAMAT PERKHIDMATAN

* Perlindungan PI juga termaktub semasa anda berada dalam tahun persaraan. Ianya memberi kelegaan kepada anda terhadap potensi beban kewangan semasa bersara. – Sekiranya anda mula bersara, sila maklumkan kepada pihak insurans yang menguruskan PI itu. Anda tidak perlu kembalikan polisi yang telah dibuat pada tahun semasa. Hanya memaklumkan kepada mereka dan proses selanjutnya akan dibuat oleh mereka.

.

3. KOS GUAMAN & PERBELANJAAN MAHKAMAH

PI ini juga berfungsi sebagai perlindungan semasa kes perbicaraan ke atas anda.

.

Terdapat 2 bahagian:

* ✅ a) Membayar kos Peguam untuk membela anda di mahkamah.

* ✅ b) Membayar kos Peguam untuk mewakili anda di Prosiding Siasatan & Tatatertib MMC (Doktor kerajaan / institusi harus tahu bahawa pihak majikan tidak menyediakan jaminan dalam bentuk ini jika ianya melibatkan saman individu).

.

4. PERLINDUNGAN KECUAIAN PERUBATAN

* Fungsi inilah yang paling penting dan ia adalah perlindungan asas. Tetapi anda harus mencari Syarikat yang menyediakan terma perlindungan kecuaian yang mungkin tidak dijangka itu.

* PI yang bagus bukan semata-mata perlindungan hanya kesalahan Umum & khusus (dengan jumlah Tuntutan minima TERKINI adalah RM500,000), tetapi ianya mempunyai perlindungan luar jangka. Terdapat pakar perubatan yang membeli PI ini dengan nilaian tuntutan lebih 1 juta ringgit!

* PI adalah pilihan yang bijak bagi melindungi perniagaan anda, bukan hanya Profesion.

* Selain perlindungan asas seperti disebutkan di atas, PI berfungsi untuk:

* Perlindungan Kehilangan Dokumen.

* Perlindungan Pelanggaran Siber & Privasi.

* Kes Fitnah. Perlindungan ini sangat penting untuk melindungi perniagaan anda, bukan hanya profesion perubatan.

* Doktor kerajaan dinasihatkan untuk mengambil PI walaupun tidak membuat Locum. Lihat item No. 3 (b) di atas – Kos guaman untuk mewakili anda di MMC semasa pendengaran kes aduan dan pendengaran kes disiplin (Inquiry & Disciplinary Prosiding) atau kes sivil perubatan yang melibatkan saman individu.

.

Itulah serba ringkas berkaitan dengan PI setakat yang saya faham.

.

Suhazeli Abdullah

10.9.2020

Tengkawang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleAdakah Doktor Tidak Didakwa?
Next articleKualiti dalam Sistem Perubatan
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com