Nota Fiqh Darah Wanita
Daurah bersama Ustaz Abu Usamah Hanafiah.

1️⃣. Darah haid paling minima 24 jam (sehari semalam). Kalau tak cukup 24 jam dikira sebagai darah istihadhah.
2️⃣. Jika kebiasaan wanita itu (uruf) keluar darah haid hanya 4 jam sehari setiap hari, jumlah akumulatif selama 6 hari (Total 24 jam) dikira juga darah haid.
3️⃣. Maksima darah haid adalah 15 hari 15 malam. Lebih 15 hari / malam dikira sebagai darah istihadhah.
4️⃣. Jika terdapat waktu suci antara hari-hari haid. Contohnya hari 1, 2, 3 turun haid, manakala 4, 5 kering / tiada haid, kemudian hari 6 dan 7 turun haid semula; terdapat 2 pendapat yang boleh digunakan bagi menentukan samada boleh ibadat atau tidak.
🅰️. Pendapat Imam Nawawi, hari-hari tiada haid (hari ke 4 dan 5) wajib solat.
🅱️. Pendapat Imam Ar Rafie, tidak wajib solat kerana jika mengikut urufnya tempoh haid seseorang itu 7 hari, bermakna hari ke 4 dan 5 itu masih lagi dalam wilayah masa haid.
Kedua-duanya boleh digunakan mengikut waqi tertentu dan pandangan yang paling diterima oleh jumhur ulama adalah pandangan dari Imam Nawawi.
.
Sekian Dr Suhazeli Abdullah
8.3.2020
Subang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book