Kita ambik darah baby ni bukan suka suki nak ambik. Ada alasannya. Kita nak lihat peratus kuning dalam darah.
.
Di badan baby kita boleh lihat kuning dia setakat mana, nak confirm takat mana serius atau tak, mesti kita cucuk dan test dalam makmal. Namanya test kuning tu untuk tahu jumlah serum bilirubin.
.
Benda alah apa serum bilirubin tu?
.
Cengini: Baby baru lahir akan bina sendiri darah mereka. Dalam masa sama darah ibu yang masih berputar dalam badan akan hancur sikit demi sedikit. Darah ibu yang hancur itulah yang menyebabkan berlakunya kuning bilirubin. Kerana bilirubin itu salah satu komponen dalam sel darah. Bilirubin akan dibuang melalui air kencing atau najis. Jadi, kalau peratusan darah ibu hancur lebih banyak kadarnya dari dikumuhkan mengikut hari, bilirubin akan meningkat sehingga terzahir di kulit dan sebagainya.
.
Saat bahaya timbul apabila bilirubin tadi serang otak seperti dalam gambar di bawah ni. Baby akan sawan meliut litung (Kernicterus). Teramat seksa bagi baby yang masih baru nak kenal dunia.
.
Kita ambik darah nak lihat paras bilirubin tu la. Kalu tinggi melebihi paras tertentu ada rawatan segera yang kita akan berikan. Jangan menolak pulak. Guna air buah kuning ka, susu kambing ka, mandi daun serai ka bukan rawatannya. Kena faham tu. Buat rugi duk beli produk entah apa-apa.
.
Cucuk-cucuk jarum demi kebaikan dia. Kita tidak kejam. Membiarkan dia diserang penyakit kuning tu lagi zalim.
.
Sekian pesanan ringkas dari suhazeli.com
fb.com/Suhazeli.abdullah
24.12.2019
Tengkawang