Pihak yang menolak vaksin mendakwa bahawa mereka mempunyai “hak” sebagai ibubapa ke atas anak mereka, menentukan samada anak mereka dan diri mereka sendiri divaksin atau tidak.

Ini adalah tidak benar.

Dari sudut undang-undang, menurut Akta 342 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Bahagian IV, Artikel 11, Subseksyen 3, 4 dan 5 menyebut,

(3) Selama berkuatkuasanya sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), adalah sah di sisi undang-undang bagi mana-mana pegawai diberikuasa mengarahkan supaya mana-mana orang atau golongan atau kumpulan orang yang tinggal di dalam sesuatu kawasan tempatan jangkitan atau di dalam mana-mana bahagian membenarkan dirinya atau diri mereka- (a) dirawat atau DIIMUNISASI;

(4) Adalah sah bagi seseorang pegawai diberikuasa MENGGUNAKAN KEKERASAN, dengan bantuan atau tanpa bantuan, yang perlu dan menggunakan apa-apa cara yang mencukupi untuk memastikan bahawa apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) dipatuhi.

(5) Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) adalah MELAKUKAN SESUATU KESALAHAN.

Tetapi akta ini digunapakai ketika wabak yang melanda.

***

Saya percaya bahawa insiden wabak measles yang sedang melanda kawasan Disneyland di Amerika Syarikat akan menular di Malaysia dalam masa beberapa tahun lagi, melihatkan trend dan perkembangan gerakan antivaksin semasa di sana.

Pada ketika itu, pastinya akta ini akan dikuatkuasakan sepenuhnya.

Bahkan pengaruh gerakan antivaksin ini berkembang lebih pesat di negara kita, hasil dari faktor penghujahan agama, kuasa autonomi ibubapa terhadap anak-anak, malah budaya masyarakat kita yang gemar memviralkan sesuatu.

Saya juga berharap dan menjangkakan, didalam penggubalan Akta Kanak-Kanak 2015 yang baru yang turut menekankan aspek pengabaian dan kecuaian ibubapa terhadap anak-anak, perbuatan gagal memberikan rawatan kepada kanak-kanak termasuklah gagal memberikan imunisasi lengkap adalah sebahagian dalam kesalahan pengabaian/negligence dan boleh dihukum.

Semoga undian terbaharu melalui media sosial yang dianjurkan oleh KKM dalam isu ini akan menjadi satu titik permulaan kepada pembentukan sebuah negara yang semakin sihat. Tidak perlu hiraukan golongan yang sedikit itu dan kewujudan mereka boleh diabaikan. Ini kerana hujah yang golongan penentang vaksin itu terlalu dangkal serta berpaut kepada dahan yang rapuh.

Suhazeli Abdullah

Fb.com/drsuhazeli

Tulisan asal pada 15.2.2016

Baca seterusnya : Dari Sudut Agama – https://www.facebook.com/syamirulah/posts/10205790406700560

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleKisah Bertukar Bayi
Next articleTerapi Stroke Guna Lampu Liplap
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com