Antara hujah paling kerap segelintir dari orang Islam di negara kita adalah vaksin itu dari Yahudi. Yahudi memang jahat dan vaksin akan digunakan untuk membunuh ummat. Saya bukan nak pertahankan kezaliman Israel, tetapi ingin memaklumkan bahawa vaksin itu tiada kaitan pun dengan konspirasi Yahudi.

Dan lihat apa yang berlaku? Negara Yahudi Israel juga bergelut dengan rakyatnya yang menolak vaksin. Liputan imunisasi menurun sehingga mencecah 80%.[1] Satu angka yang membimbangkan mereka kerana penyakit cegahan vaksin meningkat sejak 2015, namun kejadian menurun 2017 kerana liputan semakin pulih.[2] Mereka juga berkempen kepada rakyat mereka untuk memberikan vaksin sepenuhnya.

Agak berbeza dengan kejadian berlaku di Palestin. Terbaharu, kanak-kanak palestin dinafikan hak untuk dapatkan vaksin. Rakyat Palestin semakin bimbang kerana bekalan vaksin dihentikan, penyakit berjangkit akan semakin menular.[3] Palestin adalah negara terbaik liputan vaksin, melebihi 95% dan penyakit cegahan vaksin terkawal dengan baik.[4]

Sepatutnya jika diikut teori golongan antivaksin, Palestin adalah negara pertama menolak vaksin kerana sejarah peperangan Palestin-Israel sejak sekian lama. Jika Israel ingin membunuh populasi ummat Palestin, sudah lama rakyat palestin pupus atas mukabumi akibat vaksin dari Israel. Tetapi sebaliknya berlaku, rakyat Palestin terus berkembang biak.

sekian dari suhazeli.com

fb.com/drsuhazeli

24.12.2018

Kuala Berang

Pautan

[1] Rakyat Israel menolak vaksin. https://www.breakingisraelnews.com/41147/new-israeli-government-to-parents-no-vaccines-no-child-benefits/

[2] Liputan vaksin di Israel. http://apps.who.int/immunization_monitoring/globalsummary/countries?countrycriteria%5Bcountry%5D%5B%5D=ISR

[3] Israel Sekat kemasukan vaksin ke Palestin. http://imemc.org/article/no-vaccination-for-palestinian-children-decides-the-occupying-power-israel/

[4] Penyakit Cegahan Vaksin di Palestin. http://archive.thisweekinpalestine.com/details.php?id=1586&ed=111&

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleCegah Denggi
Next articleVaksin itu Pilihan atau Wajib
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com