image

Agak terharu dari beberapa post facebook yang masih lagi mengundang kemelut politik negara yang tak sudah-sudah. Walaupun memang niat baik ingin memberi peringatan kepada pembaca, tapi suasana Ramadhan tidak manis untuk diperbincangkan. Tambahan pulak para pengomen dari post yang di utarakan menggunakan bahasa lucah malah ada yang memaki sesama muslim.
Saya tidak memisahkan antara politik dan agama dalam bab ini. Akan tetapi suasana Ramadhan yang sepatutnya kita mengoreksi semula amalan kita dan mengambil semangat ini untuk terus memperjuangkan politik Islam. Namun suasana masa kini seolah-olah pihak musush Islam tidak segan silu untuk menabur fitnah atas post yang dilontarkan oleh kita. Jika kita tidak post, mereka mungkin akan sedikit kendur dan sekurang-kurangnya tidak memaki hamun tidak semena-mena.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleAmalan di Bulan Ramadhan
Next articleUniversiti Ramadhan
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com